Monday, February 29, 2016

Virus ??




Ketika menngunakan komputer,pelbagai masalah misalnya komputer lambat, hang, data yang dicari hilang, anda mungkin menganggap komputer anda terkena virus. Sebenarnya ada pelbagai ancaman bila menggunakan komputer dan internet. Ancaman ini dapat merosak data, komputer, bahkan mencuri data penting.

Berikut penjelasan tentang hal-hal yang dapat mengancam komputer atau mengambil data penting Anda.

Adware
Ini merupakan sebuah program yang akan menampilkan iklan pada komputer. Akan mengganggu kerana adware biasanya akan menggunakan sumber daya dari komputer, akibatnya komputer berjalan lambat. Ada juga jenis adware yang muncul secara pop-up yang dapat mengganggu bila anda menggunakan komputer

Brute Force
Merupakan kegiatan untuk menceroboh password dengan cara meneka angka dan huruf secara berurutan. Sangat berbahaya jika dengan teknik ini, orang yang tidak berhak berhasil mengetahui password anda kemudian disalahgunakan. Untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya password yang digunakan tidak hanya terdiri dari angka dan huruf tetapi juga terdiri dari simbol seperti $, #, &, dan lain-lain.


DDoS
Iaitu Distributed Denial of Service, dimana sebuah server atau komputer diserang dengan kiriman data dalam ukuran yang sangat besar oleh banyak komputer secara serentak. Akibatnya komputer tersebut secara diam diakses atau rosaknya cakera keras kerana tidak mampu menampung kiriman data yang sangat besar.

Exploit
Iaitu sebuah aplikasi yang berusaha mencari dan menyerang kelemahan dari sistem untuk mendapatkan akses atau dengan tujuan mengancami sistem atau komputer.

Fake Antivirus
Modus operandinya adalah dengan membuat seolah-olah komputer terkena virus dan menyarankan untuk membeli antivirus untuk mengatasi virus tadi.

Hoax
Iaitu berita palsu yang disebarkan melalui email atau website. Akibatnya banyak pembacanya yang tertipu dan memberatkan jaringan internet kerana hebahan berantai dari berita palsu tersebut yang disampaikan ke orang lain.

Keylogger
Merupakan salah satu ancaman yang cukup berbahaya. Keylogger akan merakam data yang dimasukkan dari keyboard untuk disimpan atau dikirimkan ke seseorang yang biasanya digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Berwaspada bila anda memasukkan password di tempat-tempat umum seperti cybercafe. Password yang anda masukkan melalui keyboard dapat diketahui dan boleh saja digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Salah satu cara mengelakkan dari keylogger adalah dengan menggunakan On Screen Keyboard bila anda ingin memasukkan password. On Screen Keyboard boleh digunakan dari program Windows yang berada pada Program| Accessories| Accessbility atau dengan mengetikkan “osk” dari Start| Run pada Operating System Windows.

Malware
Biasanya terdapat pada bootsector pada harddisk, kemudian mengubah program yang pertama kali dijalankan. Paling mudah menjangkiti adalah Sistem Operasi ( OS ). Akibat pada Sistem Operasi ini memudahkan malware untuk menyebarkan diri atau menyebarkan virus pada media penyimpanan seperti CD ROM atau Flash Disk.

Phishing
Phising dalam maksud pengkomputeran ialah aktiviti penyamaran yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang mengaku datang dari pihak-pihak yang boleh dipercayai dengan maksud untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti password dan butir-butir kad kredit. Misalnya, dengan membuat sebuah website yang mirip dengan website sebuah bank. Seseorang tidak menyedari dia telah tertipu kemudian memasukkan password ke dalam laman web palsu tersebut.

Rootkit
Iaitu program yang bertujuan menyembunyikan program lain yang berjalan. Biasa digunakan untuk menyebarkan malware, virus, atau keylogger.

Spam
Memaksudkan email yang tidak tahu asal usul. Merupakan email iklan atau menjadi "pancingan" agar seseorang mengunjungi website tertentu yang sebenarnya merupakan phising atau untuk menyebarkan malware. Email yang dikirimkan dalam jumlah banyak sehingga menghabiskan waktu untuk menghapusnya.

Spyware
Merupakan program yang berfungsi untuk manipu pengguna dengan tujuan mendapatkan informasi penting seperti nombor kad kredit, PIN atau password.

Trojan
Bertindak seolah-olah dirinya dalah program baik yang dapat digunakan untuk membantu pekerjaan pengguna. Tetapi, sebenarnya di dalamnya terdapat fungsi yang membahayakan sistem secara keseluruhan atau untuk mencuri data rahsia. Trojan mudah menyebar ke komputer lain.

Worm
Adalah malware yang dapat menggandakan diri kemudian mengirimkan hasil penggandaan dirinya melalui jaringan tanpa harus ada aktiviti tertentu yang dilakukan user. Worm dapat berbahaya kerana dapat menjadi pintu masuk bagi virus, malware atau program merosak lainnya.

EZ COMPUTER SERVICES


KAMI USAHAWAN BUMIPUTRA MENAWARKAN PERKHIDMATAN IT DAN MENJUAL PERALATAN/KOMPONEN LAPTOP DAN KOMPUTER.

-Servis/Format Laptop @ Pc
-Tukar Skrin, Keyboard, Hard Disk (Hard disk rosak/Upgrade),Upgrade RAM

- Auto shutdown, Blank Screen
-Buang virus, Install software, Cuci kipas dlm laptop
-Menjual dan membeli laptop terpakai
-Preventive & correctivemaintenace
-dan lain-lain
area KL, Kg Baru,Kepong,Damansara,Subang Airport,

Maklumat lanjut boleh hubungi :
call/sms/whatsapp : 013-9999380/ 0193732202
Owned by Izze Technology Enterprise
SSM reg no TR120745-H