Saturday, December 14, 2013

Testing Blogger Droid

Testing using blog android app

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, December 13, 2013

" Nasib Bom Itu Tak Meletup "




FELDA KEPIS - Seorang peneroka yang sedang menjalankan kerja-kerja meracun di kebun getah di Felda Kepis, dekat sini terkejut setelah menemui sebutir bom jenis 'air drop' di kawasan berkenaan.


Bom tersebut dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu dijumpai Suliman Madimon, 59, kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Menurut Suliman, dia tidak menyangka objek besi yang pada awalnya disangka ekzos motosikal jenis Srambler itu rupa-rupanya sebutir bom yang masih aktif.

“Sedang sibuk meracun di lereng bukit, saya terpijak objek keras lalu tergelincir tetapi ketika itu saya tidak syak apa-apa kerana saya fikir itu hanyalah besi biasa atau ekzos motosikal.

"Tak sangka pula itu sebenarnya bom. Nasib bom itu tidak meletup ketika saya bawa ia ke pejabat Felda Kepis,” katanya ditemui semalam.

Tambah Suliman, dia hanya menyedari objek yang sudah berkarat itu sebutir bom selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan di pejabat berkenaan.

“Rakan-rakan memberitahu bahawa objek itu mungkin sebutir bom dan saya terus menghubungi Pondok Polis Batu 10, dekat sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu Pengurus Felda Kepis, Mohd Ruslan Suli, 50, berkata, pada awalnya dia menyangka bom itu adalah sebutir bom mortar setelah melihat sendiri objek itu.

"Anggota polis dari Balai Polis Dangi tiba di pejabat untuk memeriksa objek tersebut dan meletakkannya di tempat yang rata dengan kawalan ketat demi keselamatan penduduk.

“Penemuan ini merupakan sejarah buat kami kerana belum pernah sesiapa di felda ini menjumpai bom sejak ia dibuka pada 1978. Oleh itu kita mohon agar peneroka melaporkan kepada pihak pejabat atau polis sekiranya terjumpa objek yang pelik ketika berada di kebun.

“Kita juga nasihatkan mereka agar berhati-hati ketika melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan kebun," katanya.

Sinar Harian difahamkan, bom tersebut telah dimusnahkan oleh unit pemusnah bom Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Seremban kira-kira 1.40 petang semalam, di kawasan kebun dengan jarak satu kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim turut menasihati orang ramai yang menjumpai bom lama supaya tidak memindahkan bom berkenaan kerana risikonya amat tinggi hingga boleh mengancam nyawa.

sumber:sinarharian

Wednesday, December 11, 2013

Budak 2 Tahun Maut Naik Banana Boat



PORT DICKSON - Kegembiraan seorang ayah bersama anak perempuannya berusia dua tahun menaiki 'banana boat' berakhir dengan tragedi apabila anaknya maut di Pantai Purnama, Port Dickson dekat sini kelmarin.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Nur Hannan Humairah dan bapanya, Mohd. Hafrisham Ismail, 29, lemas apabila terjatuh ke laut setelah terlepas daripada dakapan ayahnya apabila bot berpusing.
"Difahamkan bapa mangsa telah meminta pemandu bot memandu dengan perlahan kerana dia membawa anak kecil tetapi pemandu itu enggan berbuat demikian menyebabkan mangsa terlepas daripada pelukan bapanya.
"Mangsa sempat diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Port Dickson," katanya di sini semalam.

sumber:kosmo

Tuesday, December 3, 2013

Kuantan Bah !


Keadaan banjir di Pahang semakin buruk sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang. Di Terengganu dan Johor pula,air sungai terus mencatat paras berjaga jaga berikutan hujan lebat sejak semalam.