Friday, July 26, 2013

Pembantu Cafe Mati Tergantung


Si mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako  dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.

Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.

Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.

Butiran Si Mati: 
Nama : Aliyah B. Rani
kpt:610521-11-5347
Alamt : Kg pengkalan Nyireh 22200 Kg Raja Terangganu.
Kerja : Pembantu cafe MRSM Jeli.

Wednesday, July 24, 2013

Tak Usah Ungkit Kisah Silam !!



DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

- Berterus terang dengan pasangan

Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.

Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

- Lakukan segala-galanya bersama

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.

Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian.

Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

- Faham memahami dan bertolak ansur

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.

Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

- Tunjukkan cinta buat si dia

Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.

Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

- Hormat antara satu sama lain

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.

Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

- Lupakan peristiwa lalu

Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan.

Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

- Buang sikap cemburu

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

- Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

- Jujur

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

sumber: blogger

Tuesday, July 23, 2013

SPR UMUM KEPUTUSAN RASMI PRK DUN KUALA BESUT SELEPAS JAM 10 MALAM



BESUT - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan diumumkan seawal-awalnya pada pukul 10 malam 24 Julai ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata ia bagi membolehkan pemimpin parti melaksanakan ibadah terawih terlebih dahulu.
"Sekiranya keputusan dari 35 saluran mengundi biasa dan dua saluran mengundi awal sudah diperoleh lebih awal tetapi ia tetap akan diumumkan paling awal pada pukul 10 malam.
"Ini bagi menghormati pemimpin dan wakil parti yang saya percaya akan pergi ke masjid untuk berterawih," katanya ketika melawat proses mengundi awal di Pengkalan Tentera Udara Gong Kedak di sini, pagi tadi.
Sementara itu, dalam pengundian hari ini kira-kira 55 peratus dari 1,152 pengundi terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka. - KOSMO!

SUMBER : KOSMO

8 Sekolah Pusat Mengundi Dibenar Cuti Ganti

BESUT - Seramai 4,727 pelajar di lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diberikan cuti berganti, esok.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd. Zin ketika dihubungi semalam memberitahu, cuti tersebut akan diganti pada Sabtu 7 September ini.
"Sekolah hanya akan ditutup pada hari Rabu (esok) dan sekolah akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya.
Jelasnya, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail dan SK Alor Peroi.
"Selain itu, sekolah yang turut terlibat ialah SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri," katanya.


sumber : kosmo

Wednesday, July 17, 2013

Anggota Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta Di Kuala Besut


gambar oleh terengganu today

KUALA BESUT: Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu. 
Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu. 

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh. 

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini. 

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut. 

Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?". 

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut. 

Keadaannya kini dilaporkan stabil. 

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu. 

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama
link asal metro.

Tuesday, July 16, 2013

Tiket Bas Balik Kampung Ke Kelantan Habis Dijual



KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke Pantai Timur, terutamanya ke Kelantan kini perlu mencari alternatif lain apabila kebanyakan tiket bas ekspres ke destinasi berkenaan habis dijual walaupun Ramadan baru sahaja bermula.
Tinjauan Kosmo! ke Hentian Putra di sini semalam mendapati, kebanyakan tiket untuk perjalanan pulang berhari raya ke Kelantan dari 2 hingga 7 Ogos depan sudah habis dijual sejak 13 Julai lalu dan yang tinggal hanyalah tiket-tiket bas tambahan.
Kebanyakan penjual tiket yang ditemui mengakui tiket ke Kelantan laris umpama pisang goreng panas kerana habis terjual pada hari pertama dan kedua jualan dibuka.
Kakitangan syarikat bas Darul Naim Express Sdn. Bhd., Ahmad Affiq Abdul Halim, 22, berkata, tiket ke Kota Bharu dari Hentian Putra pada 1 hingga 7 Ogos telah habis sejak mula dijual tiga hari lalu.


sumber : kosmo

Salah Sebuah Makmal Di UITM Shah Alam Terbakar


SHAH ALAM - Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan empat buah bilik makmal untuk Fakulti Sains musnah dalam satu kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang tadi.
Ketika kejadian pada pukul 4.15 petang itu, difahamkan kira-kira tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik.
Bagaimanapun kesemua mereka sempat keluar melarikan diri apabila menyedari api mula merebak dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.26 petang sebelum lima jentera bersama kira-kira 30 anggota dari balai bomba di sini bergegas ke lokasi.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, asap hitam dilihat berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat itu.
“Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam tadi. - KOSMO!

sumber : kosmo

Rawatan Muka Guna Siput



TOKYO - JEPUN.  Sanggupkah  anda merasai pengalaman meletakkan siput hidup di muka semata-mata untuk rawatan kecantikan?


Rawatan kecantikan ini ditawarkan di Jepun dan bermula pada hari ini, wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka boleh meletakkan siput hidup di muka mereka.

Pekerja klinik kecantikan, Manami Takamura berkata, tiga ekor siput hidup akan diletakkan di muka para pelanggan bagi menjalani rawatan kecantikan.

“Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit,” katanya.

Katanya lagi, cara ini juga mampu memberi pelanggan 100 peratus inti pati siput dengan sentuhan secara langsung terus kepada kulit pelanggan selama satu jam.

Pelanggan Sayaka Ito berkata, rawatan ini amat santai sehingga membuatkannya hampir tertidur.

“Anda boleh rasakan siput bergerak ke seluruh muka. Pada mulanya ia agak mengejutkan tetapi rawatan ini benar-benar berkesan.

"Kini kulit muka saya juga lebih licin dan lebih lembab,” ujarnya.

Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee Didakwa





KUALA LUMPUR - Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di Facebook yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam, akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan mengenai perkara itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.

"Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.

"Sebaik siap kertas siasatan tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Piya Mungkin Dihantar Pulang


JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal akhirnya mengesahkan bahawa beliau terpaksa melupakan khidmat pemain Kelantan, Mohd Badhri Radzi bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC malam esok apabila pemain itu mengalami kecederaan hamstring.

Rajagobal berkata, ekoran kecederaan itu, Badhri atau Piya mungkin akan dihantar pulang bagi membolehkan beliau menjalani rawatan lebih lanjut.

“Selepas melakukan pemeriksaan semalam, kami mendapati beliau (Piya) memang mengalami kecederaan hamstring.

“Jadi, hasil nasihat doktor dan ahli fisioterapi, beliau akan dihantar pulang untuk menjalani rawatan lebih lanjut di sana,” kata Rajagobal kepada pemberita pada sidang media pengurus pasukan di Wisma FAM hari ini.

Keputusan yang dibuat oleh Rajagobal itu membayangkan bahawa Badhri tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya lewat tiga hari melapor diri ke kem latihan pusat.

Sebelum ini, 
Piya mencetuskan kontroversi apabila tidak melaporkan diri untuk kem latihan skuad kebangsaan yang dijadualkan mengadakan beberapa aksi persahabatan dan kunjungan ke Jepun dalam masa terdekat.

Situasi itu mengundang reaksi keras pengurus skuad negara Datuk Seri Subahan Kamal yang dilaporkan berkata, tindakan tegas menanti pemain itu kerana gagal melaporkan diri di Wisma FAM, Khamis lalu dan bertindak mengeluarkan surat tunjuk sebab.

Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan hamstring dan diarahkan datang untuk melaporkan diri kepada Rajagobal bagi menjalani ujian perubatan dengan pegawai perubatan Jumaat lalu, namun gagal dengan memberikan alasan masalah penerbangan.

Mengulas lanjut Rajagobal berkata, “saya fikir semua pihak perlu faham polisi FAM. Semua pemain yang dipanggil perlu melaporkan diri walaupun mengalami kecederaan, hanya kecederaan teruk seperti tidak boleh berjalan kita boleh terima, (tidak hadir ke FAM) namun mestilah disertakan dengan laporan doktor.

“Seperti yang dilakukan Azamuddin Mohd Akil sebelum ini. Kita periksa dulu keadaan dia dan ternyata memerlukan tempoh lima minggu untuk pulih (patah jari),” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Piya akan masih menyertai kem latihan bersama skuad negara ke Jepun meskipun mengalami kecederaan tersebut, Rajagobal bagaimanapun berkata, “tidak, Piya perlu berehat kerana kecederaan yang dialaminya mungkin mengambil masa antara dua hingga tiga minggu.

“Jadi, beliau tidak akan dapat beraksi bersama skuad negara malam esok dan juga tidak dapat turut serta berkunjung ke Jepun,” jelas Rajagobal.

sumber : sinar harian

Monday, July 8, 2013

Bayi Mati Di Patuk Ular Tedung


BESUT - Seorang bayi perempuan berusia satu tahun lapan bulan maut akibat dipatuk seekor ular dipercayai tedung di sebuah rumah di Kampung Gong Ubi Keling, Jabi dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa, Puteri Suhana Sata dikatakan sedang tidur bersama ibunya, Zela Mohamad, 42, di ruang tamu rumah.
Mangsa yang cedera dipatuk di kaki kiri bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut kira-kira setengah jam kemudian.
Cerita Zela, dia menyedari kejadian itu selepas anak sulungnya, Mohd. Rohaidi, 25, menjerit selepas ternampak seekor ular tedung berwarna hitam sepanjang kira-kira satu meter berada di sisi adiknya.

sumber: kosmo

Guru Ditembak Mati Di Bachok


BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan. 
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.

sumber:metro