Monday, May 27, 2013

Peristiwa Berdarah Di Pulau Perhentian Seorang Pelancong Asing Terbunuh



BESUT: Seorang pelancong asing terbunuh manakala rakannya cedera parah terkena kipas sebuah bot pelancong di perairan Pulau Perhentian berhampiran Jeti Pulau Perhentian Besar, dekat sebuah chalet, di sini awal, hari ini.

Yang terbunuh dikenali sebagai Madaline Jayne, 25, berasal dari Hereford, England manakala rakannya yang cedera parah, Simons James Rogers, 22, dari Australia.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 10.20 pagi.

Jayne meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan awal dibawa oleh operator bot yang terbabit, akibat cedera teruk di kedua-dua belah kaki, punggung dan badan.

Katanya Rogers yang cedera di kedua belah kaki dan perut telah dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian petang ini.

Kamaruddin berkata pemandu bot tidak menyedari kehadiran kedua-dua mereka ketika sedang lalu di kawasan kejadian untuk membawa pelancong ke chalet berkenaan.

Katanya mangsa bersama dua lagi rakannya dikatakan sedang melakukan aktiviti menyelam dan berenang di luar kawasan perairan selamat dan didapati tidak memakai jaket keselamatan serta tidak dikawal.
Menurutnya kedua-dua mangsa telah dikejarkan oleh bot terbabit ke Klinik Kecil Pulau Perhentian tetapi Jayne meninggal dunia dalam perjalanan.

Mengikut rekod Jayne tiba di negara ini sejak 4 April lalu dari Indonesia dan menginap di Senja Bay Pulau Perhentian Besar sejak dua minggu lalu manakala Rogers pula menginap di sebuah resort berhampiran.

Mayat Jayne dihantar ke Hospital Daerah Besut di Jerteh untuk bedah siasat.

Mereka berdua dikatakan datang untuk mengikuti kursus snokerling dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Perhentian Besar. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/Pelancongasingmaut_rakanparahterkenakipasbot/Article/

Tips Ustaz Azhar Idrus Kahwin Tiga (Video)

Kuala Lumpur: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.


Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.

Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor.


“Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat.

tengok mana cantik isteri pertama dan kedua ustaz http://www.izz3.com/2012/02/gambar-ustaz-azhar-idrus-bersama-kedua.html

jom tgk video nie..jgn lupe catit tips2 yg diberikan haha

Friday, May 24, 2013

Antara Alasan Wanita Enggan Menutup Aurat

gambar sekadar hiasan


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

Thursday, May 16, 2013

KABINET MALAYSIA 2013




PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK 

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN 

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM  
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP 
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM 
(6)  YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI 
(7)  YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN 
(8)  DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

Wednesday, May 1, 2013

Dakwat Kekal Yang Tidak Kekal ( VIDEO DEMO)



Dakwat PIlihan raya ATAU dakwat Kekal merujuk Penyengat dakwat ATAU pencelup separa-Kekal Yang ditanda PADA (lazimnya) Jari telunjuk pengundi Semasa PIlihan raya DENGAN Objektif mengelakkan penipuan PIlihan raya terindah pengundian berganda. IA kandungannya secara secara meluas di Negara Dunia ketiga profil di Mana Dokumen pengenalan warganegara TIDAK terpiawai ATAU berinstitusi; Yang Lalu menjadikan pensijilan identiti pengundi TIDAK diperlukan.
sumber wikipedia

Penggunaan dakwat kekal ini digunakan pada Pilihanraya Umum ke 13
5 MEI 2013

Tujuh Terbunuh Pesawat Kargo Terhempas (VIDEO)


Tujuh orang terbunuh apabila sebuah pesawat kargo terhempas di Bagram Airfield di Afghanistan, saksikan video saat-saat pesawat tersebut terhempas yang dirakam sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan itu.