Friday, March 29, 2013

Air Botol Plastik Dan Kanser Payudara



Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya!!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.



Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian blh bertukar kepada racun.

Waallu a'alam..

Jadi.. renung2kan.

sharing :-

Friday, March 22, 2013

Kepala Tanpa Badan Ditemui Di Kluang (GAMBAR)



KLUANG - Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. - BERNAMA

Friday, March 15, 2013

Samsung GALAXY S 4 Official First Hands










Samsung Galaxy S IV key specifications


5-inch full-HD (1080x1920) Super AMOLED display (441 ppi)
1.9GHz quad-core processor/ 1.6GHz octa-core processor (Depending upon region)
2GB RAM
16/32/64 GB Storage (expandable by 64GB via microSD slot)
13-megapixel rear camera, 2-megapixel front camera
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, GPS/ GLONASS, NFC, Bluetooth 4.0, IR LED, MHL 2.0
Android 4.2.2 (Jelly Bean)
2,600 mAh battery
136.6 x 69.8 x 7.9mm
130 grams

Balasan Menghina Petugas Keselamatan, Seorang Guru Ditahan


KOTA BHARU - Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.

Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.

Tuesday, March 12, 2013

Kenali Kesultanan Sulu



Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook.

6 soalan terpilih yang diajukan kepada Asree Sug adalah:

1. Siapa Asree Sug?
2. Apakah perbezaan antara Tausug & Suluk?
3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino?
4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug?
5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu?
6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug?

by www.facebook.com/mytvglobal

p/s: masing-masing ada pendapat sendiri,tepuk dada tanya iman. :)

Monday, March 11, 2013

Chong Wei Tewas Kepada Chen Long - All England 2013





Harapan Malaysia meraih pingat emas Terbuka All England 2013 musnah selepas Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan pemain perseorangan China Cheng Long 21-17,10-21 dan 21-18 pada perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki di NIA, Birmingham.

Sunday, March 10, 2013

(GAMBAR) Kekejaman Pengganas Sulu Terhadap Anggota Keselamatan Malaysia






Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Namun kami ingin anda melihat kembali gambar-gambar ini, bukan kerana hendak mengaibkan, tetapi hendak menunjukkan betapa kejam dan tidak berperikemanusiaannya bangsat yang bernama penceroboh Sulu ini.

Mereka bukan main lagi melaungkan kalimah Allahu Akbar, mengadakan solat hajat di tempat mereka, memohon pada Allah akan kemenangan di pihak mereka, sebaliknya dalam realiti, mereka adalah SYAITAN DAN IBLIS !

Saturday, March 9, 2013

Lagi Penceroboh Ditembak - Op Daulat




LAHAD DATU - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.
   
Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.
   
"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.
   
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat. - Bernama

Saturday, March 2, 2013

KISAH SEJARAH KOMANDO VAT 69 PDRM


Rancangan Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers menceritakan kepayahan pasukan gerila yang terdiri daripada 6 anggota polis dikenali Vat 69 dalam menentang komunis pada 1969 hingga 1989 disiarkan pada 22 Ogos 2010 jam 8.00 malam menerusi saluran History (Saluran 555) turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris turut menyediakan sari kata dalam Bahasa Melayu dan Cina.


P/S :TAKZIAH KEPADA PEWIRA NEGARA



Pencerobohan Lahad Datu : 2 Wira Negara Terkorban





al-fatihah


gambar terakhir arwah





Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di sini, semalam. 

Pemimpin kumpulan itu juga menuntut bertemu dengan pemimpin atasan mereka, namun sebaik sampai mereka membuat tuntutan ke atas Sabah yang didakwa sebahagian daripada wilayah mereka.
Kejadian jam 9.59 pagi dan berakhir 20 minit kemudian turut menyebabkan tiga lagi anggota keselamatan cedera.

Penceroboh rakyat asing yang maut antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di FELDA Sahabat 17, Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu.

Mereka cuba keluar dari kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang mengetatkan kepungan.

Anggota yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. 
Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.