Sunday, September 22, 2013

Pekerja Blackberry Bakal Dibuang Kerja

picture from crackberry

NEW YORK - BlackBerry menyatakan kelmarin ia akan membuang 4,500 pekerja ketika syarikat yang beribu pejabat di Kanada itu berdepan kerugian besar ekoran kelembapan jualan beberapa model telefon baharunya.
BlackBerry memberitahu, ia menjangka kerugian antara AS$950 juta (RM3.1 bilion) hingga AS$995 juta (RM3.2 bilion) pada suku kedua tahun ini yang berpunca daripada kelemahan jualan model Z10 keluarannya.
Gajet itu merupakan senjata BlackBerry untuk mengembalikan keuntungan di pasaran yang dikuasai telefon sistem perisian Android dan Apple.
Publisiti meluas pelancaran BlacBerry Z10 awal tahun ini gagal merancakkan jualan.
Pihak atasan BlackBerry memberitahu, mereka masih mengkaji beberapa strategi alternatif termasuk kemungkinan menjual syarikat berkenaan.
Pembuangan pekerja itu melibatkan 40 peratus tenaga kerja BlacBerry dengan bilangan kakitangan dijangka berkurangan kepada 7,000 orang. - Agensi

sumber : kosmo

0 comments: