Tuesday, July 23, 2013

SPR UMUM KEPUTUSAN RASMI PRK DUN KUALA BESUT SELEPAS JAM 10 MALAM



BESUT - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan diumumkan seawal-awalnya pada pukul 10 malam 24 Julai ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata ia bagi membolehkan pemimpin parti melaksanakan ibadah terawih terlebih dahulu.
"Sekiranya keputusan dari 35 saluran mengundi biasa dan dua saluran mengundi awal sudah diperoleh lebih awal tetapi ia tetap akan diumumkan paling awal pada pukul 10 malam.
"Ini bagi menghormati pemimpin dan wakil parti yang saya percaya akan pergi ke masjid untuk berterawih," katanya ketika melawat proses mengundi awal di Pengkalan Tentera Udara Gong Kedak di sini, pagi tadi.
Sementara itu, dalam pengundian hari ini kira-kira 55 peratus dari 1,152 pengundi terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka. - KOSMO!

SUMBER : KOSMO

0 comments: