Tuesday, July 16, 2013

Salah Sebuah Makmal Di UITM Shah Alam Terbakar


SHAH ALAM - Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan empat buah bilik makmal untuk Fakulti Sains musnah dalam satu kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang tadi.
Ketika kejadian pada pukul 4.15 petang itu, difahamkan kira-kira tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik.
Bagaimanapun kesemua mereka sempat keluar melarikan diri apabila menyedari api mula merebak dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.26 petang sebelum lima jentera bersama kira-kira 30 anggota dari balai bomba di sini bergegas ke lokasi.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, asap hitam dilihat berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat itu.
“Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam tadi. - KOSMO!

sumber : kosmo

0 comments: