Tuesday, July 23, 2013

8 Sekolah Pusat Mengundi Dibenar Cuti Ganti

BESUT - Seramai 4,727 pelajar di lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diberikan cuti berganti, esok.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd. Zin ketika dihubungi semalam memberitahu, cuti tersebut akan diganti pada Sabtu 7 September ini.
"Sekolah hanya akan ditutup pada hari Rabu (esok) dan sekolah akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya.
Jelasnya, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail dan SK Alor Peroi.
"Selain itu, sekolah yang turut terlibat ialah SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri," katanya.


sumber : kosmo

0 comments: