Saturday, February 23, 2013

Tunangku Isteri Orang - Fizz Fairuz




Pergolakan yang terjadi di antara pelakon Fizz Fairuz dan bekas tunangannya selama seminggu iaitu Azlynn Massiela masih lagi diperkatakan sehingga hari ini. Dan menerut kenyataan Fizz sendiri di akhbar Berita Harian, Azlynn sebenarnya sudah pun mengakui bahawa beliau sudah berkahwin dengan usahawan tersebut namun menganggap yang ianya tiada apa-apa dan perkahwinan tersebut tidak sah.

"Walau berkahwin dihujung dunia sekali pun, pernikahan mereka masih sah di sisi agama cuma mereka perlu mendaftar di dalam negara untuk mendapat sijil perkahwinan yang sah," tambah Fizz Fairuz lagi.

Ketika bertemu dengan usahawan tersebut, beliau melihat nama Azlynn tertera pada sijil nikah yang ditunjukkan namun beliau tidak melihat tarikh dan butiran lain kerana terlalu kecewa dengan situasi tersebut. Semoga ada jalan penyelesaian yang mampu meleraikan semua konflik yang melanda mereka.

artikel berkaitan :





credit to THR Gegaar

0 comments: