Monday, December 31, 2012

Tidur Secara Ibadah


tidur yang melampau tidak digalakkan

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." 

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Wallahua'lam.

credit to lenggangkangkung

Saturday, December 29, 2012

PENDEDAHAN | SKIM PENIPUAN INSURANS


"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.

"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat.
bekas kerani telemarketer  'Elis', 26 tahun

Saya percaya anda salah seorang daripada mereka. Daripada pemahaman saya ,  skim insurans kemalangan atau nyawa ini didalangi oleh 'orang-orang' bank sendiri. Maklumat peribadi individu atau pelanggan bank didedahkan tanpa persetujuan individu terbabit. Mana perginya profesionalisme agensi terbabit? Data sulit pelanggan bank dijual sesuka hati.

Senarai Telefon Pintar | Rebate RM200

List smartphone yang boleh dibeli menggunakan rebate RM200

SKMM telah menyatakan syarat-syarat permohonan berikut :

1) Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun;
2) Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah;
3) Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500;
4) Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar;
5) Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru.

Friday, December 28, 2012

Tuesday, December 25, 2012

Banjir Di Besut | Empangan Paya Peda Terpaksa Dipecahkan



KUALA TERENGGANU — Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.
Katanya, langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.
Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.
"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.
Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.
Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.
"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan,” katanya. — BERNAMA

Sunday, December 23, 2012

Monday, December 17, 2012

Kenali Syaitan Laknatullah




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Thursday, December 13, 2012

Tamatlah Riwayat Sang Harimau | AFF Suzuki Cup 2012



Pasukan Harimau Malaya gagal mempamerkan aksi terbaik selaku juara bertahan Piala Suzuki pada aksi semi final kedua menentang Thailand malam tadi. Malaysia tewas 2-0 kepada Thailand sekaligus tuan rumah layak menempatkan diri ke final menentang Singapore. Semoga pasukan Malaysia buat yang terbaik untuk tahun hadapan selamanya harimau malaya. Salam 2-0.

Saturday, December 8, 2012

Monday, December 3, 2012

Edisi Masterchef : Ramuan Dan Resipi Untuk Membuat Durian Crepe



Bahan2 crepe;-

250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning



 Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.



Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream



Cara2:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.



Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.


lepas tue sudah siap untuk dihidangkan,sejuk2 masuk mulut rasa eskerim  mmg perghhhh !! sedappp hingga menjilat tumit u all !

versi kaler hijau


sumber oleh mrsfiza