Wednesday, October 31, 2012

Sunday, October 28, 2012

Aku Yang Berdosa

Aku Yang Berdosa-Shahir


Sesungguhnya setiap manusia tidak lepas daripada sebarang kesilapan. Kelalaian dahulu menjadikan aku orang yang tabah dalam menjalani ibadah kepadaMu. Harapan agar menjadi manusia yang dekat dengan Allah kelak Insyaallah. 

Kesayangan Kita Yang Sedang Tidur



Melihat orang yang kita sayang pada
saat dia tidur.....
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya
kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang
tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja
menatap
mereka saat sedang tidur.

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha 2012



Setiap insan mendambakan kesenangan, kemewahan, kebahagian dan
sebagainya. Demi mengejar itu semua kita tidak dapat lari daripada melakukan
pengorbanan sama ada dalam bentuk fizikal, material, emosi mahupun yang
melibatkan spiritual. Oleh itu menjadi kewajipan semua pihak agar pengorbanan
yang dibuat mengikut lunas-lunas yang diredhaiNya supaya apa yang dilakukan
itu menguntungkan kita semasa hidup ataupun setelah meninggal dunia.

Semua 'tuntutan' hidup memerlukan 'pengorbanan' yang bukan sedikit. Andai
lemah Iman, maka akan mudah menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan dan
akhirnya akan ditempatkan di neraka jahanam! Apa yang paling menyedihkan,
terdapat segelintir mereka yang menjalankan kegiatan keagamaan terlibat
secara langsung dengan gejala salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Mereka ini adalah golongan yang paling berbahaya jika dibandingkan dengan
golongan yang secara terang-terangan melakukan maksiat akibat kejahilan
dalam agama. Mereka mengambil kesempatan atas nama agama untuk
kehendak duniawi.

Jika direnungkan kembali, apakah bentuk pengorbanan yang telah kita lakukan
demi menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini? Antara contoh pengorbanan yang
telah dilakukan oleh orang terdahulu seperti Nabi Ibrahim (a.s) dan anaknya Nabi
Ismail (a.s), sepatutnya menjadi contoh dan Iktibar kepada kita umat Islam. Perlu
diterapkan dalam setiap hati Muslim untuk memahami Konsep Pengorbanan
yang sebenar agar diri kita sentiasa bersedia menghadapi ancaman musuhmusuh
Islam dan ancaman-ancaman lain yang lebih hebat di akhir zaman ini.

Memartabatkan Islam adalah tanggungjawab yang tidak terletak kepada
golongan tertentu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha untuk
kejayaan Islam sebagai agama suci yang sentiasa menghadapi cabaran akibat
salah faham umatnya. Semoga pengorbanan kita di terima Allah dan kita
ditempatkan dikalangan orang-orang yang berjaya.

JOM MAIN MERCUN !!

Sunday, October 21, 2012

Harga Rokok Naik 20sen Mulai Esok 22/10/2012



KUALA LUMPUR 21 Okt. - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai esok.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

Rangkaian DUNHILL - RM10.20

Rangkaian KENT - RM10.20

Rangkaian PETER STUYVESANT - RM8.70

Rangkaian PALL MALL - RM8.70

PALL MALL Biasa - RM10.60

BENSON & HEDGES - RM10.20

LUCKY STRIKE PLAIN - RM10.60

ROTHMANS INTERNATIONAL - RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - BERNAMA


credit - http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121021/ek_01/Harga-rokok-naik-20-sen-mulai-esok

ATM Kalah,Untuk Dia Najwa Latiff dan Seorang Lelaki Mahu Terjun KLCC # Piala Malaysia 2012


credit to theredwarriors.com

Pasukan Kelantan layak di label selaku gergasi bola  sepak malaysia 2012. Ini kerana musim 2012 boleh dikatakan sebagai 'tuah' kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjulang 3 piala. Piala Malaysia 2012 adalah kejayaan paling bermakna apabila piala ke 3 yang akan di bawa ke bumi Kelantan. 

Pada aksi final piala Malaysia malam tadi menyaksikan pasukan ATM tewas 2-3 kepada Kelantan. Aksi yang ditunjukkan kedua-dua pasukan malam tadi menghangatkan final kali ini. Dengan jaringan 2-2 sama setelah tamat masa perlawanan mengheret kedua-dua pasukan ke perlawanan masa tambahan. 

Minit ke 97' ,pemain berpengalaman IndraPutra Mahyuddin berjaya meletakkan Kelantan di hadapan dengan jaringan cantik menewaskan penjaga gawang pasukan ATM. Dengan jaringan tersebut Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2012. Mat Yo pula di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Di harap Kelantan boleh mengekalkan reputasi sebagai gergasi bola sepak pada tahun hadapan. TAHNIAH KELANTAN 
'gomo kelate gomo'


tahniah anda telah cemerlang menunjukkan keBODOHan anda kepada public. 


jom layan


Saturday, October 20, 2012

Friday, October 19, 2012

Gadis Pilihan Ibu

Sesekali, diimbau kembali memori kenangan lalu yang melatari ruang hidupnya.
Menggamit ingatan pada seseorang yang telah mewarnai hidupnya dengan
jalur kemesraan dan kasih sayang itu bersemilah kuntum-kuntum mahmudah
mengindahkan taman hati, hiasan diri dan peribadi. Pohon kasihnya disirami huhan iman,                 
tumbuh subur dan merendang. Di bawah rendangan itulah dia memperbaiki dan



  memulakan kembali derap langkahnya menyusur jalan hidup baru. Berbekalkan semangat dan kemahuan, tekad serta keazaman, di cuba untuk tidak menoleh lagi ke belakang, kerana dunianya yang dahulu penuh dengan duri noda dan kegelapan.

    Kalau diminta menceriatakan dunia yang bagaimanakah didiaminya dahulu, tak mungkin diceritakan. Cukuplah riwayat hitam yang sarat dengan khazanah mazmuhamah itu menjadi batasan iktibar dan sempadan, panduan menempuh hari depan yang lebih mencabar. Orang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
    Cuma mungkin dia akan bercerita bagaimana perubahan itu berlaku. Dan lebih-lebih lagi tidak keberatan memeberitahu siapakan yang telah merubah hatinya dan dunianya. Dia cukup seronok bila bercerita tentang itu. Tentang kebaikan serta kehalusan akhlak orang yang telah menyelamatkannya dari lembah kemusnahan.
    Namun di sebalik keseronokan itu hatinya sering menangis. Betapa nikmat dan rezeki yang Allah pinjamkan hanya untuk waktu yang tidak lama. Dia tidak berduka kerana kesilapan lalu. Tetapi mengenangkan kesilapan yang lalu.
    Kini, sang permata yang pernah melimpahkan kelembutan siarnya menyuluh jalan hidup sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya sepohon kemboja rimbun memayungi pusara. Lambang keharuman cinta yang murni.

Wednesday, October 17, 2012

Isteri Cerdik Dan Berstrategi



Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih
sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan
tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab
itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu
baru ternganga. Itulah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan berstrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi
tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.

Tuesday, October 16, 2012

Pautan Mesra Neelofa Dan Tangan Seorang Jejaka

tange sapo tuhh ..

yakkk nilopa,sedap tuhh paut tange abe mano tue.. tange abe nie tokse paut...huk alohhhh . kato xdop gewe,dale gambar siap paut2 lagi. Serius abe jeles nilopa wehhhh.....plz lopa jange cure ko abe,abe setio menunggu lopa.... #demo2kawe2

Sunday, October 14, 2012

Saturday, October 13, 2012

Baju Dalam Badri Radzi (Piya) Dan Nasi Lemak Ajihs

gambar oleh kelate.net

Separuh akhir Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan musuh ketat Selangor melabuh tirainya dengan Kelantan mara ke pentas final beraksi dengan pasukan ATM. Gol yang di jaringkan oleh pemain yang memakai jersi 22 Mohammad Ghaddar meletakkan Kelantan selesa di hadapan pada minit 80++ permainan.    Gol kedua pula di jaringkan oleh Badri Radzi atau Piya dengan sepakan percuma yang di dihadiahkan oleh pemain Selangor yang menjatuhkan Mat Yo. Gol yang dihasilkan itu pada masa kecederaan itu sama sekali telah meranapkan impian Misi 33 pasukan Selangor. 

“Bacalah, bang. Ini bukan buku perempuan. Ia perspekif lelaki. Seorang suami. Seperti abang!”



Aku Terima Nikahnya

coretan penulis

Saya bukan novelis. Saya bukan penulis. Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis. Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’I serta insan pejuang yang menulis. Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri. Menulis kerana itu cara saya memaham erti. Menulis kerana ia dan diri sudah sebati. Malah menulis kerana [...]

Saya bukan novelis.

Saya bukan penulis.

Saya belum ada ciri-ciri yang lazim terkait sebagai seorang penulis.

Saya hanyalah seorang anak, suami, bapa, adik, saudara, rakan, da’I serta insan pejuang yang menulis.

Kelantan Mara Ke Final Piala Malaysia 2012,Irfan Bakti Bermimpi Di Malam Hari



Pasukan The Red Warriors sekali lagi mara ke final piala malaysia 2012 dalam tempoh 5 tahun. Berbekal kan 1 jaringan di tempat sendiri, Kelantan tidak mudah menyerah kalah dengan aksi kedua di stadium Shah Alam malam tadi yang berkesudahan 2-0 jaringan oleh Mohammad Ghadar dan Badri Radzi atau nama manja Piya. Dengan jaringan tersebut Kelantan menang dengan agregat 3-0. 

Game yang agak dramatik tadi di mulai serangan oleh kedua-dua pasukan. namun begitu penjaga gol kedua-dua pasukan telah beraksi dengan baik menangkis bola daripada menerjah jaring. 

Kelantan akan bertemu pasukan ATM di final nanti. Final Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2012 di Stadium Shah Alam. Tiket final telah di tetapkan iaitu RM40. Di harap semua penyokong kedua-dua pasukan akan memenuhi stadium bagi merancakkan lagi arena bola sepak di negara kita.


Wednesday, October 10, 2012

Soalan Bocor Sejarah 2020


Soalan Sejarah 2020
Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu.


20 minit
15 Soalan

Jawab semua soalan

Dilarang merokok, menghisap ganja, morfine, syabu, minum ubat batuk, arak, daun ketum, makan metadone, sebutec, pil ketamin, pil kuda, pil ekstasi, pil perancang semasa menjawab, kalau tidak anda akan diGAGALkan.

Apakah Anda Cukup Memahami Hati Nurani Seorang Wanita


Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?
-----------------------------------------------------------------
Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
----------------------------------------------------------

#apakah senario ini terjadi kepada anda? 

“Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara"



IPOH - “Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di sini.
Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis dadah iaitu syabu, heroin dan ganja.
Lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah pusat karaoke di Jalan Yang Kalsom, di sini selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebaik keluar dari pusat hiburan itu.
Jurucakap anggota AADK berkata, pada mulanya lelaki itu tidak mengaku mengambil dadah dan berpura-pura tidak sihat.

“Malah, dia turut mengaku mengalami demam denggi namun selepas keputusan ujian saringan awal diterima, kami mendapati suspek mengambil tiga jenis dadah berlainan sekaligus untuk mendapatkan kesan khayal berganda.

“Apa yang dilakukan remaja ini amat berbahaya boleh memudaratkan sistem badan serta merosakkan saraf otak jika diambil  berlebihan. Malah tindakan gila lelaki itu turut boleh meragut nyawa,” katanya.

Seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafizi, 20-an mendakwa dia memperolehi keseronokan berganda jika mengambil dadah sewaktu menyanyi di karaoke.

“Jika ambil benda tu (dadah) saya dapat menyanyi dengan penuh semangat dan nyaring terutama lagu rock malah ramai rakan saya turut melakukan perkara yang sama sebelum menyanyi,” katanya yang sudah menagih dadah sejak usia belasan tahun lagi.
Hasil ujian kemudiannya mendapati, suspek berkenaan positif mengambil dadah heroin dan ditahan bersama 10 penagih dadah lain.

p/s: lalok semacam je die nih :p

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2012 RM40



HARGA 
tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dikurangkan daripada RM50 menjadi RM40, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin hari ini.

Jelasnya, perubahan tersebut dilakukan selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira situasi semasa.

"Sebenarnya perbincangan harga tiket final Piala Malaysia telah dilakukan ketika Mesyuarat Exco bilangan 4/2012 bagi sesi 2010-2014 pada 14 Februari lalu.

"Dan setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami peka dengan kehendak penyokong terutama selepas harga tiket dinaikkan sebanyak RM50 tahun lalu," kata Hamidin ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah Hamidin: "Oleh itu, FAM sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan harga tiket kepada RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak."

Tahun lalu, tiket semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, ditetapkan pada harga RM50.

Bagaimanapun ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminat bola sepak.

Ketika itu, Hamidin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.