Tuesday, February 28, 2012

Budak Perempuan 3 Tahun Ditikam Ngeri




BARAM: “Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya.
Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.

“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.
Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.

Seorang anak lelaki jiran keluarga mangsa berusia 14 tahun turut cedera di tengkuk dan kepala apabila diserang lelaki terbabit ketika cuba menghalang suspek menikam mangsa.

Difahamkan, suspek anak angkat kepada ibu mangsa sejak kecil dan menetap bersama di ladang berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.
Laman berkata, seperti kebiasaan dia dan isterinya mengejutkan anak mereka sebelum ke sawah berhampiran rumah pekerja berkenaan.

“Pada pagi kejadian, saya mengejutkan mendiang kerana perlu ke sawah bersama isteri. Saya sempat menciumnya, namun berat hati untuk meninggalkannya.
“Setengah jam kemudian, saya menerima panggilan telefon seorang pekerja ladang memaklumkan ada orang mengamuk di rumah.

“Saya terbayangkan wajah anak bongsu saya dan memecut motosikal pulang ke rumah bersama isteri. Sebaik tiba di rumah, luluh hati apabila diberitahu anak kesayangan ditikam bertalu-talu dengan gunting,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, setakat ini, polis belum mengenal pasti punca dan motif serangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sunday, February 26, 2012

Kisah Serangga Yang Menepati Masa

Sape pernah ikut serangga nie ? selalu buat trip mengangkut tanah liat dari point A ke point B dan kembali ke point A dan seterusnya untuk buat sarang.. Dulu mase sekolah rendah pernah ikut serangga nie sebab nak tau die ambil dari mana tanah liat tue.



 Serangga nie buat sampai membentuk gumpalan tanah liat macam gambar dibawah..


sarang serangga angkut-angkut

Nie plak aku jumpe kisah seorang hamba Allah nie buat kajian ke atas trip serangga angkut-angkut nie mengangkut tanah liat untuk buat sarang.

" dulu waktu aku skolah form5 dok tingkat 4..aku dok tepi tingkap...tepi tingkap aku ada sarang angkut2 besar yg amat...selalu bila waktu math,aku dok perati je dia buat sarang,,sbb aku dikecualikan subject math,,sbb cerdiknya melampau....satu hari tu,,,aku terpikir ,,apa kata aku rekod setiap trip tanah yg dia angkut..... 
trip yg pertama....4 min 45 sec2nd...................4 min 58 sec3rd...................4 min 42 4th                         4 min 44 5th                         4 min 46pastu semuanya sekitar 4 minit 42 sec hingga 46 sec sahaja...sampailah siap.........menakjubkan!!!!
takda jam.................tp sgt menepati masa..takda jalan................tp tetap blh melalui laluan yg sama setiap kalitakda gps .................tp tak sesat
takyah sekolah...........tp bila besar dah tau mcm mana nak buat rumah utk anak2 
"

Subhanallah.....  Maha suciMu Ya Allah yang menjadikan hanya dengan berfirman "KUN..

Hantu Kak Limah Merayau Di Terengganu




MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Saturday, February 25, 2012

Thursday, February 23, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Hati Mana Yang Tak Sebak...

......bila melihat gambar adik Faris nie, adik Faris pada mula nya sawan dan telah mengakibatkan kesan pada otaknya. Dalam erti kata lain, adik Faris dijangkiti penyakit barah iaitu penyakit barah darah. 


Doa Kami untukmu wahai adik Faris 



Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.


Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.


Untuk mengetahui kisah adik Faris terkini anda boleh la melawat laman seorang wartawan yang juga blogger iaitu Mazidul Akmal Sidek di http://www.mazidulakmal.com

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini. - Mazidul Akmal

Monday, February 20, 2012

Syahdu...





Lirik Lagu Segalanya Allah -Iwan Syahman 

Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah

Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid

You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah

Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Aaha Dari Segala-galanya

Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin

Subahanallah Maha Suci Allah

Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai.


izz3 : indah kan lirik lagu nih ?? Ya Alla beri kan lah aku kekuatan  untuk menjalani ujian-ujian Mu 

Justin Bieber Sebelom Jadi Artis

 Dulu ..
Justin Bieber
Kini..





Jom layan lagu Baby yang mendapat views mencecah 700 juta .. fuhh !!



izz3 : bukan fan justin bieber tapi sekadar teruja dengan anak muda ini :)

Nafsu Hantu Raya



CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Saturday, February 18, 2012

‘ Apa? Aku sudah mati??? ’






Ia suatu pengalaman yang sangat menginsafkan.

Saya memandu melalui satu selekoh. Sepanjang tepi jalan itu, ada besi pengadang. Namun betul-betul di hadapan saya, pengadang itu seakan terputus. Ada ruang yang ternganga seolah-olah sedang menunggu untuk menelan kereta saya.

Kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan. Brek kereta saya tiba-tiba hilang fungsi. Stereng pula tidak dapat dipaut untuk mengikut arah jalan. Maka halanya adalah ke arah ruang yang ternganga di antara besi pengadang yang terputus itu.

Friday, February 17, 2012

Ajal Maut Di Tangan Tuhan | Wanita Maut Dirempuh Kereta

Wanita maut dirempuh kereta di Besut


BESUT: Seorang penyelenggara stor di sebuah syarikat elektrik terbunuh apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja di sini, hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Shamsinar Suria Ramia, 27, menetap di Jalan Aman, Kampung Raja, ketika itu sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Kampung Cawat dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja kerana isyarat lampu merah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor, berkata kejadian tersebut berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira telah dipandu laju dari arah Kampung Tembila menuju ke arah Kampung Cawat.
"Pada masa sama, lampu isyarat hijau menyala menyebabkan sebuah kereta jenis Toyota RAV4 bergerak menghala ke arah Kuala Besut," katanya di sini, hari ini. 

Jelasnya, oleh kerana Proton Wira dipandu laju, pemandu tersebut tidak dapat mengawal kenderaannya dan melanggar kereta Toyota RAV4 dari arah Jerteh itu di pertengahan persimpangan lampu isyarat berkenaan. 

"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta Toyota RAV4 terbabas lalu merempuh Shamsinar Suria yang sedang berada di atas motosikalnya di sebelah kiri persimpangan hingga menyebabkan dia jatuh dan mengalami cedera parah," katanya. 

Mayatnya, kemudian dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan petang ini. 
Noor Zainy berkata, pemandu kereta Proton Wira tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


p/s  : kita dah berhati-hati tapi orang plak langgar kita, ajal maut tentu nya dari Dia , sedekah kan lah Al Fatihah kepada arwah 

Monday, February 13, 2012

Lagi 2 Jam Nak Sambut Hari Kekasih | Happy Valentine




Dengar ceramah dulu sebelum sambut hari kekasih



Ok dah dengar,so tak paham bahasa melayu lagi ???  JAKIM pun dah memfatwakan bahawa hari memperingati kekasih itu adalah HARAM di sambut oleh umat Islam. 






p/s : baik ingat mak ayah kau lagi bagus woiiii...

Sunday, February 12, 2012

Happy Birthday Neelofa ke 23 Tahun ( Gambar )



Semoga panjang umur dan murah rezeki di ucapkan kepada Neelofa atau nama sebenar beliau  Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang menyambut  hari jadi yang ke 23 bertempat di  Restoran Bora Asmara Damansara semalam.  Majlis yang di hadiri keluarga Neelofa sendiri, rakan artis seperti Ana Rafalli, Iqram Dinzli dan lain2,media serta peminat. Awal Ashaari selaku hos  menghiburkan para hadirin  pada malam itu. Layan gambar sambutan hari jadi Neelofa. 

Whitney Houston, Musical Superstar Dies



Los Angeles (CNN) -- Legendary pop singer Whitney Houston was found dead Saturday at a Beverly Hills, California, hotel, officials said. She was 48.
The entertainer, whose incredible talent was discovered at an early age, was pronounced dead at 3:55 p.m. (6:55 p.m. ET) at the Beverly Hilton hotel despite resuscitation efforts, a police spokesman said.

Saturday, February 11, 2012

Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

Kick For Chinese ( KFC )





Kenyataan balas dariapada mangsa



kalau rasa dah xleh tunggu sgt,pegi la KFC cawangan lain,jgn dok sumpah seranah org,pekerja pon satu hal,dh tau org cmtue dok lyn buat pe,die BODOH ko layan lg la ko BODOH,xpsal2 msuk youtube....
kat Malaysia nie byk lg cawangan KFC. 

Nah link KFC restaurant kat Selangor nie ,bkn kt I-City jer ade KFC , jgn duk gaduh2 lg :D http://www.kfc.com.my/jom-selangor.php

Ghairah Lelaki


KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Selidik Pasangan Sebelum Bertunang





KES putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang kerap berlaku dalam masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik, biarpun salah satu pihak pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pembatalan itu. 




Thursday, February 2, 2012

TUTORIAL | Update Blog From Blackberry , Blogspot User

Aku berjaya meng UPDATE blog dari phone BB....


click untuk tumbesaran tahap cipan



First sekali log in akaun blogspot korang....

lpas tue msuk dekat < SETTING > 

klik pada < MOBILE and EMAIL >



pada ruangan EMAIL.. 

ada rungan Posting using email kan ?? 

isikan secret word dlm kotak tersebut,  email ini untuk digunakan semasa membuat posting dalam blackberry. 




Lepas tue SAVE ....

Then try test 1 posting dari BB anda..

Lepas nie cepat sket nak update blog... internet d hujung jari katakan hehehe


Update From My BB (Testing)

Rahsia Sunnah - Meniup Air Panas

Hadits Abu Sa'id al-Khudri radliyallah 'anhu, Bahwa NabiMuhammad shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk meniup di dalam air minum." (HR. al-Tirmidzi no.1887 dan beliau menyahihkannya)

Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum...Beliau tidak bisa menerangkn kenapa tp Beliau melarang KERAS hal tsb...

Ternyata.....
Dalam penelitian Science, air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2). Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung. SUBHANALLAH rupanya itulah rahasianya.Tlg terus kan kpd kwn2 yg lain yaa? Semoga bermanfaat :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.