Friday, October 19, 2012

Gadis Pilihan Ibu

Sesekali, diimbau kembali memori kenangan lalu yang melatari ruang hidupnya.
Menggamit ingatan pada seseorang yang telah mewarnai hidupnya dengan
jalur kemesraan dan kasih sayang itu bersemilah kuntum-kuntum mahmudah
mengindahkan taman hati, hiasan diri dan peribadi. Pohon kasihnya disirami huhan iman,                 
tumbuh subur dan merendang. Di bawah rendangan itulah dia memperbaiki dan



  memulakan kembali derap langkahnya menyusur jalan hidup baru. Berbekalkan semangat dan kemahuan, tekad serta keazaman, di cuba untuk tidak menoleh lagi ke belakang, kerana dunianya yang dahulu penuh dengan duri noda dan kegelapan.

    Kalau diminta menceriatakan dunia yang bagaimanakah didiaminya dahulu, tak mungkin diceritakan. Cukuplah riwayat hitam yang sarat dengan khazanah mazmuhamah itu menjadi batasan iktibar dan sempadan, panduan menempuh hari depan yang lebih mencabar. Orang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
    Cuma mungkin dia akan bercerita bagaimana perubahan itu berlaku. Dan lebih-lebih lagi tidak keberatan memeberitahu siapakan yang telah merubah hatinya dan dunianya. Dia cukup seronok bila bercerita tentang itu. Tentang kebaikan serta kehalusan akhlak orang yang telah menyelamatkannya dari lembah kemusnahan.
    Namun di sebalik keseronokan itu hatinya sering menangis. Betapa nikmat dan rezeki yang Allah pinjamkan hanya untuk waktu yang tidak lama. Dia tidak berduka kerana kesilapan lalu. Tetapi mengenangkan kesilapan yang lalu.
    Kini, sang permata yang pernah melimpahkan kelembutan siarnya menyuluh jalan hidup sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya sepohon kemboja rimbun memayungi pusara. Lambang keharuman cinta yang murni.



    PURNAMA empat belas hari semakin senget ke barat. Suasana senyap bertambah sunyi. Yang kedengaran hanya deru kenderaan meniti di jalan raya, sekali sekala.
    Perjalan malam sudah melangkaui sempadan waktu; berganjak ke dinihari. Kedinginannya merayap ke segenap bucu ruang, menggigit hingga ke tulang sumsum. Dato’ Mustaffa Firdausi, ‘Dato’ muda’ Taman Bukit Angsana, tempat kediaman golongan elit, semakin jauh dihanyutkan mimpi bersama Teritip Villa kebanggaannya.
    Banglo mewah itu dalam dakapan tenang. Sepi, kecuali detak jam dinding yang tergantung di ruang tengah. Jam antik buatan itali, penjaga masa yang tidak pernah lalai. Sudah banyak membuat jasa kepada tuannya.
    Dentingannya yang nyaring mengoyak damai di keheningan sunyi lali meragut lena Datin Ainatul Isnoriza isteri muda Dato’ Mustaffa Firdausi, walaupun dari dalam kamar tidur gema tempikan jam itu sudah menjadi perlahan. Datin muda itu sudah tidak boleh lelap lagi.




 Agak tidak lama, Dato’ Musataffa Firdausi tiba-tiba terjaga. Menarik selimut untuk melanjutkan lagi tidurnya. Sempat menoleh sekilas ke sisi dengan pandangan lesu, tanpa maksud. Sekonyong-konyong, dalam kilasan itu deria matanya menangkap suatu objek sedang bergerak-gerak.
     Dato’ Mustaffa kaget seketika. Dirimpitkan sedikit matanya yang masih mengantuk itu. Digenyeh sekali sebelum dingangakan. Cahaya samar-samar lampu pagar yang melimpah masuk menerusi cermin yang tidak ditutup langsirnya membantu penglihatan.
    “Isnor...” spontan nama itu terpancul di mulutnya, berbisik.
    Dato’ Mustaffa Firdausi menggapai jam loceng di meja kecil dekat katil. Masih belum subuh, pukul lima pun belum. Dato’ Mustaffa mahu bangun, tapi tak jadi bila teringatkan isterinya.
    Tiba-tiba saja rasa mengantuk yang ditanggungnya tadi hilang. Matanya menjadi segar, semakin kemas melekatkan tumpuan pada sujud rukuk isterinya itu. Dia bagai terpukau, begitu asyik. Terpesona dengan penyaksiannya.
    Aneh, bukan tidak pernah melihat isterinya bersembahyang. Tapi tak tahu kenapa dia seperti diajak-ajak supaya memerhati upacara ibadah sunat yang sedang berlangsung di dalam kesamaran cahaya itu. Hatinya terhibur. 
    Solat selesai. Cepat-cepat Dato’s Mustaffa Firdausi berpura-pura tidur agar tidak disedari oleh isterinya. Dalam duduk yang penuh adab si isteri menadah tangannya memanjatkan doa. Dato’ Mustaffa semakin ingin tahu, apakah yang dipohon dalam munajatnya isterinya. Dia bergerak sedikit ke birai katil sambil memasang telinga. Tapi tidak ada apa yang masuk ke rongga telinga melainkan sekali batuk ringan isterinya.
    Dikesot lagi kepalanya. Kebetulan dia dibelakangi, tidak dilihat isterinya. Sedikit-sedikit buah butir munajat isterinya itu mula didengarinya. Semakin lama semakin jelas. Tapi suara itu kerap tenggelam dalam sedu dan tangis yang ditahan-tahan. Hati Dato’ Mustaffa Firdaus tersentuh. Sayu.
    Diamati sungguh-sungguh rintihan itu. “Ya Allah, jangnalah kau hukum suamiku kerana kelalainnya, wahai Tuhan. Dia juga hambaMu. Lemah seperti aku. Dia mengharapkan hidayah dan taufik dariMu. Mengharapkan rahmat dan kasih-sayangMu.”
    “Ya Allah berilah aku peluang lagi untuk cuba menginsafkannya. Dan Kau bantulah aku, wahai Tuhan. Tanpa bantuanMu, tak mungkin aku boleh berjaya.”
    “Ya Allah aku sayangkan dia. Aku kasihkan dia. Aku cintakan dia. Kau tentunya lebih-lebih lagi, wahai Tuhan. Kerana kasihMu pada hambaMu lebih dari kasih ibu pada anaknya. Oleh itu Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati suamiku agar dapat dimasuki cahaya hidayah dan taufikMu. Kau tunjukilah dia jalan Mu yang sebenar.”
    Senyap. Suara rintihan itu tidak mengadu lagi. Tetapi sejenak kemudian terdengar pula suara esakan yang halus. Tersedu-sedu. Hiba dan sayu. Datio’ Mustaffa Firdausi sebak.
    Dia seperti baru disedarkan dari tidur yang lama. Tertegun menatap sekujur tubuh yang sedang sembam di lantai. Mahu rasanya dia bangkit dan merangkul tubuh kerdil itu. Menyekat air mata yang membasahi pipi mulusnya.
    Tapi dia masih boleh mengawal dirinya, walaupun kala itu entah kenapa perasaannya bagai dihiris-hiris. Tangkai hatinya disenjah hingga membuak-buak air di tasik emosi. Hampir saja buakan itu melimpah ke bingkai matanya.
    Keharuan makin menyucuk-nyucuk, memaksa Dato’s Mustaffa Firdausi menyingkap semula rentetan cerita duka yang dilaluinya. Betapa dia ketika itu lemas dalam lautan jahiliah yang maha dalam.
    
    Dia bergelar suami kerana patuh pada kehendak ibunya. Ibu menjodohkannya dengan Ainatul Isnoriza, anak gadis arwah Haji Muin, guru Quran di kampungnya. Bagi ibunya, gadis awal dua puluhan itu memiliki segala-galanya. Rupa paras dan budi bahasa. Taatkan Allah dan orang tua.
    Dato’ Mustaffa akui itu. Tapi setelah hampir setahun bersama. Setelah hampir setahun hidup tanpa kemesraan dan kasih sayang. Dia tersalah membezakan antara kaca dan permata.
    Memang pilihan ibunya bukan sebarang pilihan. Ainatul Isnoriza tidak seperti perempuan-perempuan lain yang pernah dikenalinya. Dia wanita mulia. Patutlah ibunya berkenan sangat dengan gadis kampung itu.
    Isterinya itu tidak pernah merungut atau melawan. Karena Dato’s Mustaffa yang berbagai dilayan dengan baik. Patuh dan taatnya tidak berbelah bagi. Tidak pernah cuba mencetuskan ketegangan, walaupun barangkali dia boleh berbuat hal yang tidak senonoh itu.
    Rutin hidup Dato’ Mustaffa  tidak ada masa untuk lama-lama di rumah. Keluar awal pagi. Larut malam baru balik. Kadang-kadang langsung tidak balik.  Ainatul Isnoriza tidak berpeluang hidup dalam limpahan nikmat kasih dan sayang suami seperti orang lain.
    Hanya di hujung-hujung minggu, jarang-jarang sekali dilakukannya, dia meluangkan  juga masa  berkenalan lebih rapat lagi dengan isterinya.  Dari pengenalan begitu  Dato’ Mustaffa Firdausi memahami hati budi isterinya yang sebenar. Jiwa dan semangatnya tidak selemah yang disangkakan.

Dia tidak pernah jemu bertanya atau memujuk Dato’ Mustaffa Firdausi setiap kali masuk waktu sembahyang. Mengajak suaminya berjinak-jinak dengan Allah. Bersahabat dengan Al-Quran dan buku-buku agama.
    Dato’ Mustaffa Firdaus mencebik bibir. Selamba sahaja dihadiahkan herdikan. Kemudian berlalu meninggalkan isterinya itu menggeleng dalam keluhan yang tidak sudah.
    Lewat tengah malam, acap kali Dato’ Mustaffa terkejut melihat sekujur tubuh terkapar di sofa. Memang begitulah selalu. Kepulangannya sentiasa dinanti. Beberapa lama keadaan terus begitu. Dato’ Mustaffa mula merasai suatu perubahan pada jiwa dan dirinya. Sikap acuh tak acuh bertukar jadi syang dan mesra. Waktu untuk berada di rumah dah tidak kesuntukan.
    Dia tidak mahu terlalu tunduk sebenarnya. Tetapi entah kenapa naluri kemansiaanya tidak tega lagi untuk membelengu kedamaian hidup seorang ratu sebaik Ainatul Isnoriza, dengan keangkuhannya yang bodoh.
    Hatinya sudah ditakluki. Dia belajar mengenal erti hidup yang sebenar. Belajar mengenal erti budi bicara dan timbang rasa. Kasih dan sayang, kerana seorang yang tidak dapat membina kasih sayang sebenarnya dia sedang membina ego.
    Belajar menjadi seorang hamba Allah yang punya sifat kehambaan. Belajar menyedari bahawa sebenarnya dirinya terlalu lemah, tiada daya dan upaya melainkan semuanya dari Allah jua. Dato’ Mustaffa menjadi seorang begitu patuh pada nasihat dan teguran, tanpa peduli sindiran serta herdikan kawan-kawan.
    Gelaran  Dato’ yang baru disandang tidak menyebabkannya malu. Dia dianugerahkan pangkat Dato’ kerana khidmat cemerlang dalam perniagaan. Walaupun belum lama melibatkan diri tapi sudah layak duduk sebaris dengan tokoh-tokoh korporat lain yang lebih matang dang berpengalaman. Dia merasa bangga sebenarnya kerana memiliki sebuah rumahtangga yang harmoni dan rukun damai. Semakin jarang nikmat begitu dikecapi dini.
    “Bang...” tiba-tiba satu suara lembut menjengah.
“Err... eh, Isnor,” dia sedikit gugup.
“Abang dah jaga rupanya. Masih awal, bang. Baru pukul empat.”
    Dato’ Mustaffa tidak menjawab. Lampu kecil di tepi katil dinyalakan. Terganggu sebentar pandangannya, menahan silau cahaya.
    Lelaki itu merenung wajah isterinya lama-lama. Matanya merah kesan tangisan yang baru reda. Masih ada sisa-sisa air  mata melekat di pelupuk. Dia menyekanya dengan jari.
“Abang minta maaf. Memang selama ni abanglah yang bersalah. Abang tak mahu dengar nasihat Is.”
Kata Dato’ Mustaffa Firdausi penuh sesal. Dia tak dapat lagi menyembunyikan gelodak rasa yang berkecamuk dalam dada..
    “Sudahlah, bang. Lupakanlah itu. Perkara yang lepas tak elok dikenang.” Dato’ Mustaffa terdiam. Tidak upaya hendak berkata lagi.
    Entah kalimat apa yang dapat menterjemahkan detik itu. Dia gembira berbau sedih. Penantiannya sejak empat tahun dahulu berakhir juga. Tapi tidak gembira dengan sepenuhnya.  Sambil menahan sebak yang kian memuncak, Dato’ Mustaffa cuba untuk mengawal perasaannya. Dia mesti tabah, setabah isterinya, wanita yang tidak pernah putus asa menyedar dan menginsafkannya.
    Namun tak mungkin menjadi demikian, sedang kini dia sendiri tiada kekuatan lagi mengenang isterinya itu. Sang permaa hadiah dari ibu sudah tiada lagi. Dia pulang bertemu Allah SWT.
    Dia pulang setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Iras wajahnya  saling tak tumpah dengan wajah ibunya. Dato’ Mustaffa Firdaus kini bergelar ayah. Baru terasa dirinya tidak muda lagi seperti yang disebut-sebut selalu apabila setiap kali ibu membangkitkan soal kahwin.

alololo....comey2

BAJUNYA labuh sampai ke kaki, warna kelabu. Kain tudungnya kemas dengan hiasan renda berbunga-bunga kecil warna putih. Stokinnya berkait riben berwarna biru laut. Terkedek-kedek berlari manja sambil tersengeh riang.
    Dato’s Mustaffa mendepangkan tangannya, bersedia untuk menyambut. Dirangkul penuh kasih sambil menciumnya berkali-kali. Itulah harta Dato’ Mustaffa yang paling disayangi. Tak akan dipersiakan walau sekelumit pun.
    “Ayah, Mardhiah mimpi ummi.”
    “Ummi? Bukan ummi, orang lain...” Dato’ Mustaffa cuba menduga. Dia terkejut, namun disembunyikan rasa terkejut itu.
    “Malam tadi, dekat taman bunga. Taman tu kan, cantik sangat.”
    “Mana Mardhiah tahu itu ummi?” Dato’ Mustaffa Firdausi semakin resah.
    “Muka dia sama macam muka Mardhiah.” Jawab anak kecil yang masih dalam dukungannya. “Ummi cantik..”
    Hati Dato’ Mustaffa makin tak keruan. Hatinya tersentuh. Direnung wajah anak kesayangannya itu dalam-dalam, penuh makna. Sepatah nama yang ditekat dengan benang berwarna emas pada telekung anak itu, dibelek-belek;Ainatul Mardhiah.
    “Ummi kata, dia sayang Mardhiah. Ayah pun ummi sayang..”
    Dato’ Mustaffa kehilangan kata-kata. Anak kecil empat tahun itu semakin kemas dalam dakapannya. Sejenak, terbayang di laman mata sebuah pusara yang sentiasa dijaga rapi sedang diteduhi sepohon kemboja.
    Tergerak hatinya untuk menziarahi pusara itu, menghadiahkan doa dan sekumit ayat kepada si penghuninya. Jasa dan baktinya tak akan dilupakan. 

p/s: daripada mata hati ibu, kita tidak boleh berbohong tentang banyak perkara..

4 comments:

Aida Omar said...

sedih T_T taat betul isteri beliau pada suaminya..

Coach Factory said...

oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, michael kors outlet online, michael kors outlet online, kate spade handbags, michael kors outlet online, nike air max, kate spade outlet online, red bottom shoes, louis vuitton, chanel handbags, burberry outlet online, prada outlet, cheap oakley sunglasses, michael kors outlet, louis vuitton outlet online, coach outlet, ray ban sunglasses, gucci handbags, nike air max, christian louboutin outlet, louis vuitton outlet, longchamp handbags, michael kors outlet store, jordan shoes, longchamp outlet online, nike shoes, louis vuitton outlet, oakley vault, nike free, longchamp outlet, burberry outlet online, prada handbags, ray ban outlet, michael kors outlet online, coach factory outlet, coach outlet store online, louis vuitton handbags, tory burch outlet, christian louboutin shoes, louboutin shoes, polo ralph lauren, tiffany and co jewelry, coach purses, true religion

Coach Factory said...

true religion outlet, air max pas cher, barbour, longchamp, sac louis vuitton, sac vanessa bruno, mulberry, north face pas cher, new balance pas cher, louis vuitton, nike free, oakley pas cher, longchamp, nike huarache, ray ban pas cher, ralph lauren, chaussure louboutin, hollister, converse pas cher, nike blazer pas cher, true religion outlet, longchamp pas cher, nike trainers, ray ban uk, sac michael kors, timberland, nike free pas cher, nike roshe run, tn pas cher, lacoste pas cher, air max, scarpe hogan, nike air force, louis vuitton pas cher, hollister, nike air max, vans pas cher, michael kors uk, lululemon, abercrombie and fitch, hermes pas cher, north face, guess pas cher, michael kors canada, burberry pas cher, air jordan, nike roshe, louis vuitton uk, nike air max, ralph lauren pas cher

Coach Factory said...

canada goose, marc jacobs outlet, ugg, insanity workout, uggs on sale, abercrombie and fitch, beats headphones, nfl jerseys, chi flat iron, babyliss pro, mont blanc pens, p90x workout, hollister, ghd, north face jackets, moncler, giuseppe zanotti, ugg boots, soccer shoes, mac cosmetics, ugg soldes, wedding dresses, soccer jerseys, ferragamo shoes, herve leger, uggs outlet, bottega veneta, north face outlet, new balance outlet, moncler outlet, moncler, reebok outlet, canada goose outlet, mcm handbags, canada goose pas cher, vans outlet, valentino shoes, jimmy choo shoes, roshe run, rolex watches, canada goose outlet, birkin bag, asics shoes, canada goose uk, celine handbags, canada goose outlet, lululemon outlet, ugg outlet, instyler ionic styler, moncler