Saturday, October 13, 2012

Baju Dalam Badri Radzi (Piya) Dan Nasi Lemak Ajihs

gambar oleh kelate.net

Separuh akhir Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan musuh ketat Selangor melabuh tirainya dengan Kelantan mara ke pentas final beraksi dengan pasukan ATM. Gol yang di jaringkan oleh pemain yang memakai jersi 22 Mohammad Ghaddar meletakkan Kelantan selesa di hadapan pada minit 80++ permainan.    Gol kedua pula di jaringkan oleh Badri Radzi atau Piya dengan sepakan percuma yang di dihadiahkan oleh pemain Selangor yang menjatuhkan Mat Yo. Gol yang dihasilkan itu pada masa kecederaan itu sama sekali telah meranapkan impian Misi 33 pasukan Selangor. 


Gaya pakar sepakan percuma,itulah Piya yang mudah menewaskan penjaga gawang Selangor pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan Kelantan mara ke final. Dengan gol yang dijaringnya beliau sempat membukan jersi dan menayangkan 'baju dalam' yang tertera Ajihs Nasi Lemak 80sen. Beliau bagaimanapun di layangkan kad kuning dek kerana menayangkan baju kepada kamera. 

Sejak semalam bualan Ajihs Nasi Lemak menjadi bualan pengguna facebook. Bagi sesiapa yang ingin mencuba ajihs nasi lemak ini boleh lah LIKE fanpage original Ajihs Nasi Lemak 80sen dan menikmati keenakan nasi lemak ajihs. Kedai nasi lemak ajihs ini terletak di Jalan Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu Kelantan.



#jumpa di final ya....

2 comments:

Coach Factory said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Coach Factory said...
This comment has been removed by a blog administrator.