Friday, February 17, 2012

Ajal Maut Di Tangan Tuhan | Wanita Maut Dirempuh Kereta

Wanita maut dirempuh kereta di Besut


BESUT: Seorang penyelenggara stor di sebuah syarikat elektrik terbunuh apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja di sini, hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Shamsinar Suria Ramia, 27, menetap di Jalan Aman, Kampung Raja, ketika itu sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Kampung Cawat dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja kerana isyarat lampu merah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor, berkata kejadian tersebut berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira telah dipandu laju dari arah Kampung Tembila menuju ke arah Kampung Cawat.
"Pada masa sama, lampu isyarat hijau menyala menyebabkan sebuah kereta jenis Toyota RAV4 bergerak menghala ke arah Kuala Besut," katanya di sini, hari ini. 

Jelasnya, oleh kerana Proton Wira dipandu laju, pemandu tersebut tidak dapat mengawal kenderaannya dan melanggar kereta Toyota RAV4 dari arah Jerteh itu di pertengahan persimpangan lampu isyarat berkenaan. 

"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta Toyota RAV4 terbabas lalu merempuh Shamsinar Suria yang sedang berada di atas motosikalnya di sebelah kiri persimpangan hingga menyebabkan dia jatuh dan mengalami cedera parah," katanya. 

Mayatnya, kemudian dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan petang ini. 
Noor Zainy berkata, pemandu kereta Proton Wira tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


p/s  : kita dah berhati-hati tapi orang plak langgar kita, ajal maut tentu nya dari Dia , sedekah kan lah Al Fatihah kepada arwah 

0 comments: