Monday, September 26, 2011

Isteri di jatuhi talak jika tatap Facebook

BARU-BARU ini saya bergaduh dengan suami sehingga dia menyebut, jika saya menatap laman sosial Facebook, jatuh talak satu ke atas saya. Jika saya tatap laman itu dalam keadaan haid, benarkah talak tidak jatuh? Namun, jika saya buka laman itu dalam keadaan suci, bermakna talak itu jatuh pada saya. Jika suami menyetubuhi saya pada hari sama sambil berkata dia merujuk saya kembali, adakah kami sudah rujuk? Namun jika benar kami sudah rujuk dan saya kembali menatap lagi laman itu untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, bagaimana pula status saya? Adakah talak tiga jatuh ke atas saya? Adakah kami tidak boleh merujuk kembali? Suami mengatakan pada waktu itu, dia melafazkannya dalam keadaan marah dan tanpa niat. Untuk pengetahuan Datuk, laman sosial itu penting bagi saya kerana banyak maklumat penting di situ berkaitan perniagaan saya. Jika suami menyetubuhi saya pada hari sama sambil berkata dia merujuk saya kembali, adakah kami sudah rujuk? Namun jika benar kami sudah rujuk dan saya kembali menatap lagi laman itu untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, bagaimana pula status saya? Adakah talak tiga jatuh ke atas saya? Adakah kami tidak boleh merujuk kembali? Suami mengatakan pada waktu itu, dia melafazkannya dalam keadaan marah dan tanpa niat. Untuk pengetahuan Datuk, laman sosial itu penting bagi saya kerana banyak maklumat penting di situ berkaitan perniagaan saya. NUR Cheras ~ Lafaz talak disebut suami adalah lafaz talak bersyarat iaitu jika membuka Facebook akan jatuh talak. Talak tetap akan jatuh dan terjadi jika puan buat apa yang dilarang, tidak kira sama ada puan dalam keadaan haid atau tidak. Talak yang dijatuhkan ke atas isteri yang berhaid adalah sah, cuma perbuatan itu berdosa. Suami yang menyetubuhi isteri selepas menjatuhkan talak sebenarnya sudah merujuk isterinya melalui perbuatan bersetubuh itu. Yang puan perlu buat sekarang ialah mendapatkan kepastian daripada suami terlebih dulu adakah dia berniat talak pada puan setiap kali membuka Facebook atau pengucapan itu terhad ketika dia marah. Semuanya bergantung pada niat suami puan ketika membuat pengucapan itu. Bincang dengan suami supaya talak tidak dengan mudah dipermainkan dan dijatuhkan.

Friday, September 16, 2011

SAYA ANAK MERDEKA ~ Happy Malaysia Day 16/09/2010

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tuesday, September 13, 2011

Muslim dan Kafir Bergaduh

AMBON - Pasukan keselamatan dikerah ke wilayah timur Indonesia selepas kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh dengan bersenjatakan batu dan parang, kata beberapa pegawai semalam. Dalam kejadian itu, seramai tiga orang maut dan 80 lagi cedera. Menurut seorang ketua polis trafik, Kapten Marinus Djati, keganasan tersebut berlaku di bandar Ambon kelmarin selepas khabar angin tersebar bahawa seorang penunggang teksi motosikal yang mati dalam kemalangan jalan raya telah diseksa dan dibunuh oleh penduduk Kristian. Kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh selepas lelaki itu dikebumikan. Kedua-dua kumpulan itu saling membaling batu dan mengayun parang selepas berbalas cacian. Para perusuh itu juga membakar rumah, kereta dan motosikal walaupun polis cuba untuk menyuraikan mereka dengan melepaskan tembakan amaran. Dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pelajar sekolah. Menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bachrul Alam, kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan daripada unit khas ditempatkan di Ambon untuk mengawal ketenteraman. - AP credit~KOSMO
JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu. Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian. Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan. Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat. “Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya. Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi. SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi credit ~ Berita Harian

Friday, September 9, 2011

Topup Naik Harga

Macam gula lah plak syarikat telekomunikasi malaysia seperti MAXIS,CELCOM,U MOBILE,DIGI dan seangkatan dengannya mengenakan caj sebanyak 6% ke atas setiap pembelian topup kepada pelanggan prabayar berkuatkuasa 15 September 2011. Maxis Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan.
Celcom
DIGI
nampak gayanyer kena switch pakai bil la nih hurmm.......