Friday, June 17, 2011

Perkataan Lazim Yang Sering Digunakan Oleh Kaum Hawa



FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

www.malaysia.gov.my dalam bahaya


1 kumpulan hacker yang dikenali sebagai 'Anonymous' akan menyerang laman Kerajaan Malaysia iaitu http://www.malaysia.gov.my
Anonymous adalah sebuah kumpulan hacktivist yang sebelum ini dikenali menyerang dan melakukan aktiviti hacking ke atas laman-laman web serta laman web kerajaan.

Dikhabarkan akan menyerang laman web Kerajaan Malaysia pada 7:30 GMT pada Rabu (Khamis 03:30 waktu Malaysia).

Video berkaitan Anonymous : Operation Malaysia




p/s: diharap pihak kerajaan Malaysia tidak memandang remeh dengan tindakan kumpulan yg dikenali sebagai Anonymous ini. Hope sekadar gurauan :)


Sumber : The Star
Info Anonymous : http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_%28group%29



Monday, June 6, 2011

Sunday, June 5, 2011

Video Arahan Gambit Saifullah Ke Pasaran Amerika Syarikat ? Eeuuwwwwww !


ISU klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).


Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.


Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu ‘memanaskan’ nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.

Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat m
enari ghairah depan ‘peti sejuk’, bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah.

Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.


Sumber UTUSAN 5 Jun 2011