Tuesday, April 19, 2011

Cara Tonton Maharaja Lawak di ASTRO Warna Secara PERCUMA !! LEAKED !



Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..


Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.

Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.



Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.



2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.



3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.



4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.



5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)



6. Tekan OK untuk pengesahan.



7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.



8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK



9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK



Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.



10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)



11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.



12. Langkah terakhir, tekan 130



13. Saksikan pratonton Mustika.



14. Untuk melanggan:



i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU

ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU

iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.





15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...



Takkan aku sorang jer terkena kan.... I'M SORRY :p

Sunday, April 10, 2011

Korang mungkin tak sengaja jika....

gambar sekadar hiasan


1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem.

Thursday, April 7, 2011

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..


SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:



“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

sama2 kita hayati bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy



credit to : http://nursyirah.wordpress.com/2008/10/11/fadhilat-membaca-surah-al-mulk/

Din dan Rokok (Kisah Benar)


Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24.

Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit. Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam.

Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal. Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar kl anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari batu pahat menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.

Yang benar, din nage


Monday, April 4, 2011

Asal Usul Bola




1. Bola Sepak :-

Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan tampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.

2. Sepak takraw :-

Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.

3. Bola Keranjang :-

Pada Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka pergi ke ranjang.

4. Bola Tampar :-

Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!

p/s ~ mcm mane dgn bola ping pong ? bola bowling ? n bola ikan? nyum2....

Doa Jodoh - Amalkan sebelum tido




Ya Allah Ya Tuhanku

Jika dia tidak berjodoh denganku
maka jadikanlah kami jodoh
Kalau dia bukan jodohku
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh
Jodohkanlah kami kembali

Kalau dia jodoh orang lain
Putuskanlah! Jodohkanlah denganku
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
jodohkan kembali dia denganku Amin..

Saturday, April 2, 2011

Sah Video Seks Anwar Ibrahim Tulen



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen berdasarkan siasatan kumpulan penyiasat tempatan yang ditubuhkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan khas itu ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat dan mengkaji rakaman video berkenaan bagi mengetahui ketulenannya.

“Pasukan penyiasat itu memaklumkan siasatan video terbabit berada pada tahap terakhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Sebelum ini, akhbar melaporkan video seks dikaitkan dengan Anwar itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

“Setakat ini tiga individu ditahan berhubung video seks terbabit, tetapi dilepaskan atas jaminan polis,” katanya.

Klip video hitam putih selama 23 minit itu menunjukkan lelaki didakwa seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan wanita berkulit cerah dipercayai pelacur luar negara.

Sumber Harian Metro 2 APRIL 2011 - http://www.hmetro.com.my/articles/KPNsahvideosekstulen/Article

Mana satu korang buat dulu?

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.

2.Air paip melimpah kat bilik air.

3.Bayi menangis.

4.Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Jeng jeng jeng.. OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

BACA IKUT SUSUNAN YG KORANG PILIH.

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.