Saturday, December 17, 2011

Pemain Cameroon Samuel Eto’o Digantung




JOHANNESBURG: Cameroon mengenakan pengantungan terhadap Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika, Samuel Eto’o sebanyak 15 perlawanan selepas menyertai tindakan mogok pemain menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Algeria bulan lalu. 





Hukuman yang mengejutkan dan dianggap terlalu serius itu diambil jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Cameroon Football (FECAFOOT), semalam.

Kapten yang juga penyerang antarabangsa Cameroon itu dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika untuk empat kali dan sudah menyertai pasukan kebangsaan lebih sedekad.
Eto'o dikatakan sering tidak bersetuju dengan pegawai FECAFOOT terutama berhubung soal pembayaran kepada pemain. 

Dia dikatakan bertindak bersama pemain skuad kebangsaan memboikot perlawanan menentang Algeria sehingga perlawanan itu terpaksa dibatalkan. 

Eto’o dan rakannya dalam pasukan kebangsaan mendakwa mereka tidak menerima bayaran tertunggak daripada FECAFOOT dan pembatalan perlawanan dengan Algeria itu menyebabkan FECAFOOT terpaksa membayar ganti rugi AS$1 juta. - AFP 


SUMBER

0 comments: