Tuesday, September 13, 2011

Muslim dan Kafir Bergaduh

AMBON - Pasukan keselamatan dikerah ke wilayah timur Indonesia selepas kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh dengan bersenjatakan batu dan parang, kata beberapa pegawai semalam. Dalam kejadian itu, seramai tiga orang maut dan 80 lagi cedera. Menurut seorang ketua polis trafik, Kapten Marinus Djati, keganasan tersebut berlaku di bandar Ambon kelmarin selepas khabar angin tersebar bahawa seorang penunggang teksi motosikal yang mati dalam kemalangan jalan raya telah diseksa dan dibunuh oleh penduduk Kristian. Kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh selepas lelaki itu dikebumikan. Kedua-dua kumpulan itu saling membaling batu dan mengayun parang selepas berbalas cacian. Para perusuh itu juga membakar rumah, kereta dan motosikal walaupun polis cuba untuk menyuraikan mereka dengan melepaskan tembakan amaran. Dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pelajar sekolah. Menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bachrul Alam, kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan daripada unit khas ditempatkan di Ambon untuk mengawal ketenteraman. - AP credit~KOSMO
JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu. Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian. Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan. Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat. “Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya. Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi. SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi credit ~ Berita Harian

0 comments: