Monday, February 21, 2011

Tuala Wanita Punca Barah

Sekadar peringatan untuk wanita mahupun lelaki yang sudah berumahtangga. Isu ini amat membimbangkan bagi wanita. Di harap Kementerian Kesihatan mengkaji permasaalahan ini.


KUALA BERANG: Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya.


“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya.


Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.

Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.


“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya.



Info- Harian Metro 21 Feb 2011

15 comments:

Cekodok said...

bahaya jugak noo.. bestu dulu guna mcm mana ekk.... :D

izz3™ 2011 said...

ehem2 dulu gneeee.......malu la nk ckp hahahaha

nana farhana said...

yep..mmg btol pon..

izz3™ 2011 said...

nana~ beware yer :)

Qutiq Ishanee said...

alaaaa, abestu nk pkai apa? uhukx

izz3™ 2011 said...

pkai la yang bermutu hehehhe buatan malaysia

DaK CoMoT said...

aishhhh...takot laa camnih..hurmmm

.: iEyLa :. said...

ermm...takot la plak..

zeALot said...

owh ya ka? ko kena bg suggestion la apa pad yg baik... eheheh =)

izz3™ 2011 said...

dak comot~ tkot eh,tue lerrr ermmm

izz3™ 2011 said...

ieyla~ hrap2 xd pape la kn :)

izz3™ 2011 said...

zealot~ pad herba kot hehehe

Dhia Delisha said...

macam2 penyakit sekarang nie..ntahlah..huhuhu

izz3™ 2011 said...

dhia~ tue la,kna jge dr awal,mencegah lebih baik :)

Eda said...

skarang dah banyak diperbuat dari bahan organik..jadi pilihan di tangan pengguna la kan..kena bijak memilih...mahal sikit takpe asalkan kesihatan terjaga..=)