Saturday, December 25, 2010

“Kenapa Saya Suka Oh! Media Network”


Salam blogger
Aku teruja sgt2 bila Oh! Media wat contest yang boleh dikatakan sgt mudah,mudah ke?? 1st time join contest nie ala2 join teka silang kata kat akhbar la plak. Dah tgk hadiah2 yg Oh Media nk bg(ehem) ?? Xdpt mug pun,dpt perfume pon da ok,ahaks!!! So dengan 'excited' nya aku menjawab soalan td “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??

1. “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??
~ sebabnyer Oh! Media nie guna perkataaan OH!! ,sbb dengan perkataan Oh! nie mcm2 benda kita boleh buat ayat, diibaratkan seperti laman2 web Oh! Media nie la seperti Oh! Tidak Oh! Artis Oh! Islam Oh! Dara Oh! Cun.. jarang website lain menghubungkan 1 nama dengan satu perkataan,dengan Oh! kita enjoy!!

2. “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??
~ aku paling suka Oh! Media kalau update entry atau post,jarang xd gambar n video,paling2 'koman' ade gambar,seperti orang lain jgk,pembaca mesti xboring kalau ada entry yang bergambar kn cool!!

3. “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??
~ nak tau kenapa aku suka Oh! Media?? tgk SINI hehe Kg Oh jiran kg aku..sebelah2 jerr

4. “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??
~ nak tau lg kenapa aku suka Oh! Media?? sebab fans nya,memang superb!!! Oh! Media xpernah sunyi,ade jer suppoter,ramai kawan2 yang aku kenal dari Oh! Media,laki ke pompuan ke kadang2 komen kat entry sambil borak2 haha jgn marah ea Oh!

5. “Kenapa Saya Suka Oh! Media Network” ??
~ Oh! Media byk buka mata masyarakat,remaja belia seperti aku dengan entry atau post2 kesedaran dan agama. Oh! Islam adalah platform terbaik untuk mendidik anak2 muda kita.

JOM SUPPORT OH! MEDIA

http://ohmedia.my/




Kepada OH! MEDIA aku nak hidangkan video nie,sebab video nie selalu je sebut Oh! 40 kali sebut jadi doa untuk aku dapat tempat 1st. hak hak hope enjoy !!

2010 :( | 2011 :D


Alhamdulillah Tahun 2010 akan melabuh tirai lebih kurang 6 hari lagi,tahun 2010 banyak benda yang terjadi kat aku.. Banyak dugaan dan cabaran aku tempuhi selama 2010,di antaranya aku memasuki pra alam pekerjaan iaitu praktikal selama 4 bulan untuk menghabis pengajian aku di UNIKL, konvokesyen dan lain2.

Sekarang dah 6 bulan bekerja,sebenarnya dalam mencari pengalaman untuk melangkah lebih jauh Insyaallah. Baru aku sedar bukan senang nak cari duit hmmmm.. Azam untuk 2010 ada sesetengah nya dah aku tunai,untuk tahun 2011 Insyaallah ada beberapa perkara yang lebih besar menanti.. Hope Dia dapat memudahnya untuk ke arah tersebut Amin. Korang cmner plak? azam 2010 da settle lom ??

Thursday, December 23, 2010

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tidur?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang? ?

Bersediakah Anda Sebelum Tidur ???

Hadith :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”



(H.R: al-Bukhari)



Huraian dari Hadith:



Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah S.A.W. Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a. katanya:



"Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam , baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa) , lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas , surah al-Falaq , surah an-Nas , kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya , Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi).



Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur . Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula , baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula . Berkenaan dengan cara tidur pula , Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan , baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas .

Minah Bertudung Cacat Otak BODOH!!!



Agak2 38A ke 38B saiznyerrr 'bukit pink' yg anda saksikan td ??? Itu bukan persoalannya,persoalannya kat sini aku nk tunjuk betapa crazy nya makhluk paling seksi mempersendakan wanita bertudung. Memang sekali pandang itu hanya gurauan atau nyanyian ala2 video Cikgu Syida yang hangat di FB. Tapi kali ini tampil HOT gile babenggg. Kalau Cikgu Syida tgk pun geleng kepala.

Mane maruah diorang sebagai wanita,body tunjuk camtue je kat public,.ingat US ke ape. Korang ley nilai sendiri n pada makhluk2 yang record video yg bukan2 tue,sebelum aku download baik korang DELETE laa...xpyh nk simpan2 wat koleksi,benda cmnie mmg mudah sgt tersebar.... renung2kan la

Monday, December 6, 2010

9 Sikap Wanita Perlu Lelaki Jauhi

LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.




Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 10 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!

1. Perasan cantik

Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.

2. Punya ‘sugar daddy’

Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.

3. Pandai ambil kesempatan

Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.

4. Suka mengongkong

‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.

Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.

5. Mahu Sempurna

Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.

6. Selekeh

Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.

Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.

7. Suka mengharap

Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.

8. Terlalu cemburu

Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.

9. Tidak berhati-hati

Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.