Sunday, August 29, 2010

Kekosongan Segera ~ Perempuan Shj ~

1 kekosongan perlu di isi dengan seberapa segera:
Syarat-syarat yg perlu di patuhi:
***************************

1) Perempuan (tulen)
2) berumur 16 ~ 28 thn.
3) bekerja ( MESTI )
4) pendidikan : uni ke bawah (tapi melepasi darjah 6)
5) warganegara malaysia
6) bangsa melayu
7) agama islam.
8) ada sijil kursus kawen

Kelebihan jika anda diterima:
************************

1) gaji pokok RM 2500 ~ RM3000 sebulan.( bahagi 2 ngan gaji gue)
2) rumah di beri.
3) kereta di beri . ( boleh pilih kat kedai..baru punya..tp x bleh lebih dari rm85 000 )
4) hanya perlu ikut arahan shj.
5) cuti tahunan atau bulanan boleh apply ikut suka.
6) kerja x ikut time. ikut suka hati korunk.
7) no contract tapi kekal...


Jika ade aweks2 yg berminat tuh,d ulangi awek sahaja boleh lah apply utk jadi BINI aku. segala permohonan akan melalui prosess pemilihan calon isteri. Sila apply online dgn menghantar offer letter beserta gambar yg paling lawa ke email saya saka_kun@hotmail.com

Saturday, August 28, 2010

Nyaris jd PONDAN Auuuwww !!!

Tanggal 27hb Ogos 2010,pulang dr outstation kat melaka.. on d way blik ke KL tetibe jer member aku ade hal kt seremban.. Terpaksa lah aku sorang2 blik ke KL dgn komuter...sesudah member aku drop kat station komuter Seremban,aku berjalan menuju ke arah kaunter then beli tiket direct ke stesen Sg Buloh tuk blik ke rumah sewa aku .

Aku " akak,sg buloh yer..."

Akak kaunter " Brape org? "

Aku " sorang,boleh direct ke sg buloh kn ? "

Akak kaunter " boleh, 7 ringgit 40 sen yer..."

Aku " Ok tQ..kol bpe ek kak? "

Akak kaunter " sekarang...."

Setelah amek baki duit tiket td,aku tgk da ade komuter yg sedang tggu penumpang...mmg da xd org time tue..smua da nekkk,aku pon berlari lari anak..tkot xsmpat msukk. Msuk jer mmg tgk rmai la org..pas msuk aku ushar2 tmpat duduk...usha punyer ushar tgk de kerusi kosong..aku dgn bag pakaian d tgn selamba duduk kt c2. "Huh de jgk kerusi kosong...."(dlm hati)

Br jer nk bersandar kt kerusi tersebut,ttibe de suara pmpuan..

cik pmpuan " cik2 (smbil tnjuk logo KOC WANITA kaler pink kt cermin)

" ya allah koc wanita " smbil tgk kt org sbelahh,smua tgk aku,aku sorg jer kaum adam kt c2,aku mmg xprasan lnsung....

aku " oh...sori2 " ya allah koc wanita rpenyerr "

aku dgn selamba badak nyerrr kuar dr koc wanita tue then msuk koc sbelah,sambil wt muka cm xd pape berlaku...betapa tebalnyer muka aku time tuee...tersilap msuk koc wanita,ptot la time aku mula2 msuk org pndang smacam jer..aku mmg xprasan yg org lam koc tue smuanya pmpuan (maybe dlm keadaan penat+puasa)............. Nmpak sgt yg aku jarang nek komuterrr

- sekadar hiasan ( baju putih tue bkn aku oke) -

Sekali ingt mmg lawak gler ahhh HAHAHAHA!!

(asal la KTMB xgtau aku dlu nk asing laki n pmpuan ) kah kah kah.........................


Friday, August 27, 2010

- Benih Tahun Baru -

Salam

Dalam seminggu dua nie ,dalam berita,akhbar-akhbar salu je terpampang berita bayi di buang,alangkah kejam nyer manusia,xberhati perutkah anda,membuang bayi yang tidak berdosa... Betapa sayu melihat sekujur tubuh kecil yg x bergerak n dah meninggal dunia.




Ya Allah.... Kenapa la ada segelintir manusia tergamak membuang darah daging mereka, bagaikan bermusim,tiap-tiap hari ade je berita buang bayi....xkire la kat sungai,stesen bus,tandas,tong sampah,depan rumah orang jadi mangsa tempat buang bayi. Di khabarkan setiap 17 minit bayi di lahirkan di Malaysia!

Alangkah senangnya diorang dapat melahirkan anak,sedangkan ade pasangan yang berumah tangga bertahun-tahun kahwin pun belom dapat rezeki lagi. Bagi yang takde rezeki tue harap sabar la yer.

Korang setuju x lau saya ckp bahawa bayi yg baru di jumpai 2 @ 3 mggu lpas adalah benih dari malam Tahun Baru ? Maybe la kan... hmmmmm



Monday, August 23, 2010

Hotel Haram & Bufet Ramadan

Salam Ramadhan

Esok genap 2 minggu kita berpuasa,lebih kurang 2 minggu lg kita akan menyambut hari raya puasa. Macam mana 2 minggu berpuasa ? Ade yang puasa ' yang yokk '?? Mesti penuh kan meja dengan pelbagai lauk dan kuih (teringat time buka puasa kt kg aargghhhhh!! ). Ye la, pada bulan bulan puasa nie nafsu makan membuak-buak , kalau bab pergi ke bazar tengok makanan,haaa amek kau,dah penuh kedua-dua tangan,tangan adik2 n kwn2 jadi mangsa,untung bawak diorang kan..hehe

Orang2 tua cakap xelok membazir,tp kalau ade yang lebih atau tak sempat di makan elok la bersedekah di masjid atau surau. Bersederhana lah dalam membeli dan berbelanja di dalam bulan puasa nie. Kat mana lokasi selalu anda berbuka? kat rumah , restaurant atau hotel ?? Yang berbuka kat rumah n restaurant tue ok la da di jamin halal,kalau kat hotel ragu2 sket,ye la sekarang banyak company office wat majlis berbuka puasa atau bufet ramadan kat hotel mewah. Korang da pastikan ke hotel tue mempunyai sijil halal?? Ye la sekarang ade je isu sijil halal hotel nie dalam berita n surat khabar.

Contohnya isu yang pihak berkuasa memeriksa hotel yang bina tokong di dapur hotel n pada masa yang sama hotel berkenaan menawarkan bufet Ramadan,tergamak ke korang nak makan? Ada juga hotel yang di periksa, hampir 70% hotel di Lembah Kelang telah mencampurkan alkohol (arak) dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan. Patot la sebelom nie orang cakap makanan kat hotel sedap2 yer. Kita makan sedap2 jer kat depan,yang buat kat dapur kita tahu apa kandungan yang diorang masuk kan. Jangan ingat sedap main bantai jer.



BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel



Pada yang selalu berbuka kat luar tue,beringat ingat la sebelum anda termakan makan makanan yang xsepatutnya. Yang nak berbuka kat hotel check hotel yang mempunyai sijil HALAL yang sah.

- SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)

Sunday, August 22, 2010

HDD Pertama Di Dunia


Gambar di atas merupakan Harddisk pertama yang di keluarkan oleh IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC.




Tanggal 4 September 1956 IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia. Hard disk ini harganya bernilai $250.000 sekarang, dengan kemampuan 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. boleh di bandingkan dgn zaman sekarang ada hdd yang selebar 0,6 cm dengan kapasiti400 GB. Berat harddisk tersebut lebih dari 1 tan.


Spesifikasi:
IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
. Kapasiti: 4,8 MB
. kecepatan rotasi: 1.200 rpm
. Pengguna bisnes pertama: Chrysler’s MOPAR Division (1957)
. Jumlah unit yang pernah dikeluarkan : Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961


sumber - http://www.lombongit.net/forum/viewthread.php?thread_id=604

Sunday, August 8, 2010

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

17, Jalan Angkasa,
24300,
KemamanTerengganu.

Isteri binti Perempuan17,
Jalan Angkasa24300,
KemamanTerengganu.

31 April 2009

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


~ anda rasa bagaimana? lulus x permohonan ini?? renung2 kan ~

http://layan4u.blogspot.com

Sunday, August 1, 2010

Punggung janda muda basah juga akhirnya (18sx)

Linda, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat di Kota Tinggi. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Linda tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya?


Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Linda bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah masuk tahun ke-3 Linda tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.


Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Linda tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Linda amat kehausan sekali.Perasaan Linda semakin resah. Sabar Linda menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.


Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! syukurlah!!!" kata Linda di dalam hatinya.Linda terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.


Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut Mawi melemparkan senyuman manis kepada Linda. Linda pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Linda.


Inilah saat pertama kalinya Linda memegang tangan lelaki semenjak arwah suaminya meninggal dunia. Peluh Linda keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut."Adik duduklah di sini",kata lelaki itu. Linda pun duduk perlahan-lahan Dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Linda terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin Dan sejuk akibat air telah mula ,membasahi punggungnya yang gebu itu.


Menyedari Ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir in, tapi apapun adik telah Selamat!". Jawab Linda "Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir in nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja.,jadi dapatlah saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat Pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

basah x bangg?





~ arakian.com ~