Thursday, December 23, 2010

Bersediakah Anda Sebelum Tidur ???

Hadith :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”



(H.R: al-Bukhari)



Huraian dari Hadith:



Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah S.A.W. Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a. katanya:



"Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam , baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa) , lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas , surah al-Falaq , surah an-Nas , kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya , Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi).



Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur . Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula , baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula . Berkenaan dengan cara tidur pula , Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan , baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas .

0 comments: