Monday, August 23, 2010

Hotel Haram & Bufet Ramadan

Salam Ramadhan

Esok genap 2 minggu kita berpuasa,lebih kurang 2 minggu lg kita akan menyambut hari raya puasa. Macam mana 2 minggu berpuasa ? Ade yang puasa ' yang yokk '?? Mesti penuh kan meja dengan pelbagai lauk dan kuih (teringat time buka puasa kt kg aargghhhhh!! ). Ye la, pada bulan bulan puasa nie nafsu makan membuak-buak , kalau bab pergi ke bazar tengok makanan,haaa amek kau,dah penuh kedua-dua tangan,tangan adik2 n kwn2 jadi mangsa,untung bawak diorang kan..hehe

Orang2 tua cakap xelok membazir,tp kalau ade yang lebih atau tak sempat di makan elok la bersedekah di masjid atau surau. Bersederhana lah dalam membeli dan berbelanja di dalam bulan puasa nie. Kat mana lokasi selalu anda berbuka? kat rumah , restaurant atau hotel ?? Yang berbuka kat rumah n restaurant tue ok la da di jamin halal,kalau kat hotel ragu2 sket,ye la sekarang banyak company office wat majlis berbuka puasa atau bufet ramadan kat hotel mewah. Korang da pastikan ke hotel tue mempunyai sijil halal?? Ye la sekarang ade je isu sijil halal hotel nie dalam berita n surat khabar.

Contohnya isu yang pihak berkuasa memeriksa hotel yang bina tokong di dapur hotel n pada masa yang sama hotel berkenaan menawarkan bufet Ramadan,tergamak ke korang nak makan? Ada juga hotel yang di periksa, hampir 70% hotel di Lembah Kelang telah mencampurkan alkohol (arak) dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan. Patot la sebelom nie orang cakap makanan kat hotel sedap2 yer. Kita makan sedap2 jer kat depan,yang buat kat dapur kita tahu apa kandungan yang diorang masuk kan. Jangan ingat sedap main bantai jer.



BUKTI...seorang penguat kuasa Jakim menunjukkan botol arak masakan yang ditemui di sebuah hotel



Pada yang selalu berbuka kat luar tue,beringat ingat la sebelum anda termakan makan makanan yang xsepatutnya. Yang nak berbuka kat hotel check hotel yang mempunyai sijil HALAL yang sah.

- SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)

0 comments: