Monday, February 1, 2010

Facebook oH Facebook.....

1- Gambar wanita di Facebook dicuri dan digunakan sebagai iklan di Republik Czech

Saat-saat yang indah untuk keluarga Missouri ini bergambar untuk foto kad Krismas mereka. Namun, disebaliknya mereka tidak sedar bahawa foto mereka digunakan tanpa kebenaran. Potret keluarga ini itu ditemui oleh seorang teman kuliah mereka di sebuah kedai makanan di Praha, Republik Czech. Ia digunakan sebagai iklan tanpa kebenaran. Pemilik Grazie Store di Praha, Mario Bertuccio mengatakan ia mengambilnya dari internet dan dia tidak tahu itu milik keluarga yang sebenar. Mario, sila jawab pada hakim ok..

1_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45597908731.jpg

2- Bakal Pengantin yang membatalkan perkahwinan selepas mengetahui tunangannya memeluk wanita lain di Facebook

Beberapa hari sebelum pernikahan, tunangan yang marah meninggalkannya selepas mengetahui tunangannya membelai payudara gadis lain di Facebook. Wanita yang marah menampal poster-poster di seluruh Rom, ketika ia melihat bakal suaminya, Antonio M. memeluk perempuan lain di laman rangkaian sosial.

Di poster, gambar yang diambil daripada profile Facebook Antonio - menunjukkan kepalanya dipeluk di antara celahan payudara wanita. Mesej di poster itu berbunyi: "Thank goodness there's Facebook! At least I've discovered you're a traitor pig before the wedding! Signed, your former betrothed bride and the 548 guests of our wedding" @ "Syukurlah ada Facebook! Setidak-tidaknya aku telah mengetahui yang anda seorang pengkhianat babi sebelum perkahwinan! Yang benar, bekas bakal pengantin perempuan dan 548 tetamu jemputan perkahwinan".

10_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45557789292.jpg

3- Gadis berumur tiga belas tahun yang berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook, melakukan hubungan seks dan kemudian bersembunyi di dalam almari

Seorang wanita terperanjat dan menelefon polis selepas ia mendapati seorang lelaki berusia 19 tahun bersembunyi di dalam almari anak gadisnya. Gadis berusia 13 tahun itu telah mengakui yang dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki tersebut setelah berkenalan di laman sosial Facebook. Menurut polis, lelaki itu telah bersembunyi di dalam almari selama 2 hari. Lelaki Romeo Facebook itu telah ditangkap dan ditahan dan berkemungkinan menghadapi tuduhan melakukan jenayah seksual ke atas gadis bawah umur.

9_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45551006664.jpg

4- Pasangan yang memiliki nama yang sama berkahwin selepas bertemu melalui Facebook

8_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45596549770.jpg

Apa yang menarik mengenai pasangan ini, mereka bukan bertemu secara online tetapi mereka mempunyai nama yang sama! Seorang lelaki dari Texas bernama Kelly Hildebrandt telah bertemu dengan seorang gadis comel dari Florida yang juga bernama Kelly Hildebrandt dan mereka akan berkahwin.

Pasangan kekasih ini bertemu ketika Kelly(si gadis) melakukan pencarian ke atas namanya sendiri di Facebook. "Waktu itu saya ingin tahu apakah ada Hildebrandts Kelly lain di Facebook, jadi, saya mencari nama saya sendiri dan dia satu-satunya yang muncul. Dan sebenarnya, dalam gambar profilenya, ia tidak memakai kemeja, dan waktu itu dia kelihatan sangat comel!".

Kelly(si lelaki) itu juga tertarik. "Kelly(si gadis) yang memulakannya dan memberi mesej "Hai, saya melihat kita mempunyai nama yang sama, dan saya fikir itu agak "cool", jadi saya ingin mengatakan hai," katanya ... 8 bulan selepas itu 'cinta Facebook' , Kelly telah melamar Kelly.


5- Suami yang menceraikan isterinya melalui Facebook

4_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45531241195.jpg

Perpisahan amat menyedihkan bagi semua orang, namun ianya sudah melampau sekiranya anda hanya mengetahui pernikahan anda berakhir melalui internet!! Emma Brady, seorang wanita berusia 35 tahun terkejut apabila membaca mesej suaminya yang dihantar di laman rangkaian sosial: "Neil Brady telah berakhir pernikahannya dengan Emma Brady."

Wanita itu berkata dia tidak mengetahui tentang hal itu sehingga sahabatnya di Denmark menelefonnya untuk memastikan yang adakah dia baik-baik saja".

Bekas suami Neil Brady, yang sekarang tinggal bersama ibunya, menyatakan dia telah memberitahu tentang perpisahan itu kepada isterinya. "Cukuplah jodoh ini"
Semua orang faham, tetapi menggunakan laman sosial? anyways, anda boleh mengatakannya dengan bersemuka, itu lebih baik.

6- Meng "update" status terkini di facebook sewaku perkahwinan

3_0rgkzv3u0x1k5hymu3n0g45589510323.jpg

Pengantin laki-laki di barat, apa yang biasa dilakukan selepas sumpah cinta dan taat? Cium pengantin wanita? Hmmm, tidak dalam perkahwinan "geek". Sebelum mencium pengantin wanita, Dana Hanna, seorang Software Developer meng "update" status hubungan di Facebook dan Twitter. Dia juga menyuruh isteri barunya untuk melakukan hal yang sama. haha..

video: facebooking


7 comments:

y@n@ M!B said...

haha..boleh plak

MiRaHaNNa said...

HAHA.
mcm2 cite yg jdi sbb facebook.
menarik :)

impish_yatie said...

ragam manusia....huhuhu..slh fb ke???

Survey on Fuel Ron 95 and Fuel Ron 97 said...

hi, cool post about facebook :)

nak mintak tlg jwb survey sikit kat blog sy boleh?

http://knowyourcarbetter.blogspot.com/

thanks!!

ellenyna said...

best information ! good job!

shaneenpelangi said...

cool post..
alahai fb :D

DaHLia said...

hoh mcm2 kan dgn FB ni...
hope kita guna dengan sebaiknya