Friday, December 18, 2009

Punca Buta Matematik...

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

0 comments: