Sunday, November 8, 2009

11 Tabiat Penyebab Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

11. Tidak Membaca Al-Quran- Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.

8 comments:

All About Computer said...

nice blog and excellent posting...
leave ur comment when u visit to my blog.

Interest programming? jus visit All About Computer, read and leave comment...
Wannabe learn about blog, visit me in Let Go Blogs

sakaKun™ 2009 © said...

ok
thnx 4 cmment

mello said...

kawe suko berimaginasi.. hehehe

Piw_Piw said...

mello..aku phm kategori imaginasi ko.benda tu lagi xsihat..bley mandul..lalalalala..

impish_yatie said...

thx for da info..nmpk gyenye otk sy cm dah rosak je..tp sikit je r..huhuhu=P

Iza said...
This comment has been removed by the author.
Iza said...

bagus info tu. Rasanya otakku dah berkarat. Lepas je graduate 3 thn lepas, terus dok umah,fkr nuff je...

POSH76 said...

good info especially nombor last skali tu...thx