Friday, February 20, 2009

Soalan Yang Kerap di Tanya

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye" .
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?" Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?".
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri" .
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?" .
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?" Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis".
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?" Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?" Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".

0 comments: